Thursday, February 18, 2010

mereka kesayanganku.



Yesterday I had my dinner with best buddies on earth. We went to a thai restaurant at Setapak, delicious delicacies, yummy~ Bergosip, berborak sambil melahar diri masing-masing adalah perkara biasa bila kami bersama. Lepas makan, ambil Cik Syamimi yang baru sampai dari Perlis di Jalan Duta, terus ke Mont Kiara untuk makan ais krim. Menggunakan masa sebaik mungkin kerana Cik Aqilah dan Cik Mimi akan terbang ke Jakarta melanjutkan pelajaran. Begitu juga Tengku Iefiz yang akan terbang ke Middlesex nanti.. ;( tapi takpe, Naim akan sentiasa ada bersamaku..thanks you guys, for growing up with me..always there for me. Dari aku seorang bibik, kini menjadi wanita korporat, cis..berangan lebih. Sayang korang..

Wednesday, February 17, 2010

my cayang forever.

it's gonna turn 2 very soon..
we're two crazy people
so crazy in love.
<3

we've been in love for 1 year, 11 months, 1 week and 1 day
today.

alhamdulillah.

Thursday, February 4, 2010

;(

Beefcake's gone.. ;(
En. Syafiq akhirnya nekad untuk menjual Beefcake kesayangannya itu..ingatkan budak yang ramai-ramai tu datang untuk tengok je, so dengan harapan dapatlah ambil gambar Beefcake & baby baru..rupanya angkut terus! damn engkau budak..."wei, budak tu amek terus ke??", kataku bila melihat budak tu siap pakai helmet. "a'ah...", En. Syafiq membalas. Suddenly, I was burst into tears...sedih tau! Banyak sangat kenanganku bersama En. Syafiq dengan Beefcake itu. Dialah yang menunggu & menjemput aku masa di pintu gerbang Sri Iskandar dulu. Beefcake sempat juga membawaku ke tempat kerja. Aku sempat menunggang Beefcake sendiri...Kenangan terakhir bersama Beefcake adalah Sabtu lepas, berkonvoi bersama En.Syafiq dari Segambut ke Shah Alam, siap racing tuh..masa tu, aku bawak baby baru kami. Kini Beefcake tiada lagi..sedih tak sempat say goodbye! ;(

We love u, Beefcake..
Moga tuan barumu akan menjagamu dengan baik~
Jangan nakal-nakal & selalu sakit..Tiada niat kami untuk menolakmu ketepi. 
Tuanmu itu sudah lanjut usia, maka tidak larat lagi menggunakan motor ber'clutch'.
Salam sayang dari kami yang sentiasa menyayangimu..~

-FISILLY-


Thursday, January 28, 2010

the baby's here~

Ku sangat gumbira dengan kehadirannya dalam hidupku, moga ia akan membawa sinar baru, cis~
I love the new baby~!
i love you, too :)

and the adventure begins.....

Monday, January 25, 2010

sedikit lega..

Kawan aku sorang ni...hari ni baru msg aku~ Sedikit lega dan happy untuk dia..buat sementara waktu ni..sebelum perbicaraan dia sambung balik bulan Mac nanti..aku taknak percaya apa yg aku baca kat paper..Tash tak bersalah, dia takkan baling bom sana sini sebab dia terlalu bz dengan belajar & kerja sebagai tutor..terkilannya aku selalu menolak bila dia ajak lepak sebelum dia kena tahan..last lepak ngn dia pun kat Secret Recipe bawah office tu je.. skrg dia dh balik Mersing..kena gantung dari Aswara..sorry sebab aku tak dtg masa budak2 buat baskin utk tlg bebaskan ko..aku mintk maaf sebab tak dtg masa hari perbicaraan ko..Memang akhir2 ni aku mcm melarikan diri dari smua..hidup kte x selalu senang..Bila semua dh ok nnt, kita lepak puas2 ok?aku nk pg tioman lagi..bot free kan?hehehe..park kete kt umah ko blh kan?dah lama aku janji nk pg Mersing, dh brp kenduri aku miss..aku tgh kerja keras kumpul duit ni, giliran aku la pulak blanje ko mkm since aku ni asyik dibelanja org je..lebih2 lagi ko..ko la abg aku yang tua kerepot yang selalu jaga aku sepanjang aku kt aswara kan..aku takkan lupa semua tu..Aku harap dpt pg mahkamah nanti~ Smuge semuanya selamat hendaknya...



kenangan tgk Teater Tun Razak kat Istana Budaya~



usaha rakan-rakan utk mengikat jamin Tasyrif~

Sunday, January 24, 2010

if someone need it more than me...
then i'll let go~

Sunday, January 17, 2010

He's crazy.

En. Syafiq membawa saya jalan-jalan hari ini. Saya tidak tahu ke mana arah tujuannya, tapi dia lalu LDP..One Utama mungkin? atau Ikea kah? Eh..bukan..hm~ 30 minit kemudian, tada! Genting Highlands~ Dalam hatiku berkata "Aduh..kepala aku dah la sakit, kemiskinan plak tu.. masa ni la nak datang sini". Bila dah sampai atas tu, ok je ;p , cuma sedikit kesejukan. Jalan-jalan, makan-makan..Dia membawaku menaiki moronail-yang-agak-sedih-tetapi-comel. Masa beratur tu, tiba-tiba rasa lain je. Rasa tak boleh nak bernafas, tiba-tiba badan berpeluh dan mata menjadi kabur. "Weh, nak pengsanlah!" Saya terus duduk sambil lap-lap peluh di muka. Tapak tangan pucat. Lepas beberapa minit, dah ok semula..Sebenarnya, selalu je jadi macam tu. Teringat masa di pasar malam seksyen 7, saya duduk di depan gerai menjual minuman tanpa menghiraukan orang lain, nak jalan pun tak boleh..haih, apakah ini semua~?

En.Syafiq seorang yang gila kerana telah menculik saya ke Genting.
I love you. 

Saturday, January 16, 2010

Sorry to All.

It's all over the news, a student was charged.

Kat sini, bagi pihak kawan saya, Tasyrif Tajudin, saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas apa yang telah berlaku. Memang betul itu semua hanya 'lawak bodoh' antara teman-teman. Tetapi rakan saya ini mengakui silapnya juga, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi tidak dinyatakan di media pada awalnya. Kami tau ramai yang meluat, marah dan menyampah dengannya sekarang, tetapi dia juga manusia biasa yang tak terlepas dari kesilapan. Saya sangat mengenali Tasyrif, he won't do anything like that, tapi kadang2 memang seorang yang lepas laku. Sekali lagi, saya memohon maaf dari pihak beliau. Benda ni pengajaran, bukan utk Tasyrif saja, tapi untuk semua.

To Tash, jgn buat macam ni lagi!
Aku mintak maaf sebab tak reply msg ko dua hari lepas, sekarang Lizard pegang phone ko kan, smlm dia msg aku. Aku taktau apa yang berlaku kt ko sekarang, aku doakan semuanya selamat.

p/s : orang yang menghina lagu rasmi negara takde pulak dikenakan tindakan? nasib badan..

Wednesday, January 13, 2010

Allergie rhinitis.

Tadi pergi klinik, doktorku berkata "apsal makin kurus ni?". Aku hanya tersenyum. Macam biasa sakit kulit aku yang tak habis-habis ni. Selalunya aku sapu krim elomet, protopic. Tapi kali ni, dah sebulan...kulit aku macam tu jugak. Kadang-kadang berair dan selalunya kering kontang. Aku pun risau jugak, selalunya kejap je teruk, lepas tu ok..Tu la yang mengheret aku ke klinik. Doktor cakap kulit aku makin nipis. Mungkin kena pergi check ngan specialist. Bukan tak pernah, tapi apa pun tak jalan, degil betul~ Kulitku memerlukan rehat...~

Monday, January 11, 2010

Raja Drama.



meet uncle hussein. what can i say, i'm not a fan. lagipun, pernah ada event melibatkan band ni, macam biasalah vokalis lama band tu buat hal~ so, bad memories working with them. tapi aku tau, vokalis dia je bermasalah. it's good to see them now. harap-harap dorang ok je lepas ni.~ aku suka lagu raja drama. lirik yang penuh makna.~