Monday, November 29, 2010
Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?
Friday, November 26, 2010
2011
6. Mahu kembali ber'fotografi'. Sudah sekian lama ditinggalkan. Saya mahu membelai semula kamera kesayangan. Beli lens? Doakan berjaya.
Thursday, November 25, 2010
Randai Si Jundai.
Thursday, November 18, 2010
I need a room. just a little
Hi guys. Well, dah lama tak tulis tulis sini. Ok, mari dengar keluh kesah kak esah..
Semalam hari raya haji, selamat hari raya..
Sebelum itu, sedikit info untuk anda semua
- Saya sudah tiada bilik di rumah, sepatutnya berkongsi dengan kakak. Tapi saya bagai ditendang keluar, kerana dia sering mengunci pintu dan berchatting di skype.
- Saya tumpang bilik adik-adik, tidur di katil dua tingkat atas sekali.
- Sudah begini beberapa bulan.
Ok, kembali semula kepada keluh kesah..Semalam keluar, bila tiba di rumah saya akan terus ke bilik untuk buka tudung, memang begini setiap kali. Bila buka pintu bilik, tiba-tiba adik besuara "Kak Illi janganlah sepahkan bilik!" dengan tonasi yang menjengkelkan. "What?" dalam hati berkata. Sentap hati mak, nak... :(
Saya akui, saya bukan saja menumpang katil, malah almari, meja make-up, sidai towel, charge handphone. Memang menyusahkan mereka. "Tak pe lah, nanti Kak Illi pindah dari sini, tak kacau korang lagi." kata ku. Bukan niat nak cakap macam tu, tapi hati sedikit terguris sebab tak ada tempat lain lagi untuk saya merehatkan badan, melelapkan mata, bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Saya tak boleh terlelap di ruang tamu atau di depan tv. Mak akan bising dan ianya seolah-olah kesalahan yang amat besar kalau saya terlelap di atas sofa ruang tamu. Bilik bawah tu kosong, tapi saya tak boleh tidur di situ juga. Bukannya tak mahu kembali ke bilik sendiri, tapi saya penat untuk mengetuk pintu setiap kali mahu masuk, itu pun kakak marah-marah.
Kesimpulannya, i just need a small little room for myself. Ruang untuk diri saya, ruang untuk berfikir, ruang untuk saya hiaskan dengan apa yang saya suka. Saya tak pernah ada semua itu. Dari kecil lagi, saya berkongsi dengan kakak. Saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Kena adil untuk semua pihak. Tak boleh cat ikut suka hati, kena tanya pendapat orang lain dulu sebab ruang itu bukan untuk saya seorang. Tapi bila macam ni, rasa seperti merempat. Tak ada ruang untuk saya berfikir..bernafas..walau sekejap.
Wednesday, October 20, 2010
15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI..
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
An Nisa 1
Friday, October 1, 2010
A Model of Dignity.
These things made me so scared to get in any relationship..and to be married. ;(
Lesson to learn.
May you find the happiness you've always wanted, Elin.
Friday, September 24, 2010
Two
Friday, September 17, 2010
eh suka hati lah
You're always so right
It's all a big show
It's all about you
You think you know
What everyone needs
You always take time to criticize me
It seems like everyday
I make mistakes
I just can't get it right






