Hari ni bermulalah kelas untuk semester yang terakhir ni..Kelas pertama, SINEMA MALAYSIA.. dengan azam baru untuk menjadi seorang pelajar yang baik seperti zaman dulu kala, aku keluar awal supaya tak terlambat untuk kelas nanti. Sepuluh minit sebelum kelas bermula aku dah sampai, seperti yang aku jangkakan..Visha sorang je yang ada depan kelas yang sepatutnya bermula pukul 11.00 pagi. Apa lagi, kisah gosip bermula..hahaha. Tak berapa lama kemudian, Qila pulak sampai.."tak de orang ke dalam kelas? jomlah kita pegi kafe". Tu memang aktiviti rutin Nurul Aqilah Razalli..iaitu mengajak orang ke kafe Beringin. Aku dengan Visha setuju jelah memandangkan tak nampak pun kelibat kawan-kawan lain.
Kat kafe sambung lagi bercerita. Dalam 11.40 pagi , Tash mesej aku kata kelas dah start. Last-last aku lambat jugak. Entah apa yang dibincangkan dalam kelas seramai 12 orang tu.
Encik Azlim : Hah, Illi..apa pendapat kamu tentang Sinema Malaysia?
Sentap jap. Baru je nak duduk-duduk, dah ditanya soalan pulak...
Aku : Tak tau lah saya nak cakap apa. Tapi secara jujurnya, kalau saya pegi tengok wayang, susah sikitlah nak
tengok cerita melayu. Kalau ada tiket free, baru lah saya tengok.
Kawan-kawan lain : kurang ajar nye Illi..
Huhuhu, aku bersikap jujur. Bukannya aku tak support filem kat Malaysia ni, banyak jugak cerita yang aku suka, tapi ramai filmmaker dah jadi macam bohsia. Buat cerita cuma untuk dapatkan keuntungan. Bukan nak ambik berat pasal kualiti atau jalan cerita. Bagi aku, filem adalah satu medium utk meyampaikan cerita dan meng'educate' orang. Bukan pasal duit semata-mata. It's all about mentaliti lah.
No comments:
Post a Comment