Thursday, December 31, 2009

goodbye two-o-o-nine.

the year is coming to an end but life goes on, welcome 2010!
saya nak lupakan semua yang berlaku tahun ni. takde benda yang baik sangat sebab tu taknak ingat.
to the bitch of the year, i'll never forget you. masih nak pukul dia kalau terjumpa ;)
harap tahun-tahun selepas ni, tiada lagi bitch of the year.

jgn lupa kata-kata ku itu. i mean it..i'll be gone forever, kalau masih terjadi. no more mercy.
ku mau hidup gumbira, lalalala~~ gembirakan saya.
if you think it's worth it, come along and walk with me...

BYE BYE 2009.

ku masih bernafas, Alhamdulillah.

Monday, December 21, 2009

Syukuri apa yang ada.

Esok kerja, aku gembira. Aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Gaji memang tak sebanyak kerja GLAMOUR macam orang lain. Tapi dengan duit tu juga, insyaAllah aku masih mampu mengisi minyak kereta, masih mampu mengisi minyak motor ke pejabat. Masih mampu mengisi perut yang lapar. Masih boleh membeli coklat kegemaran. Masih boleh makan di mana-mana yang aku suka. Gaji aku tak sebanyak duit yang ibu bapa kau berikan pada kau. Tapi aku masih bersyukur. Dapat kerja di tempat yang baik. Kawan-kawan yang baik. Pejabat itu tempat yang aman sekali. Don't ask me to buy you food, gaji aku kan sedikit? lupakah kau?

Sedikit lebih mulia dari banyak yang merosakkan.

note to self : just breathe.

Saturday, December 19, 2009

Hujung minggu yang membosankan.

Buat masa ni, saya benci weekend. Mungkin bila dah berduit, saya akan suka weekend kerana saya dan Cinta merancang sesuatu yang berfaedah untuk dilakukan setiap hujung minggu. Cepatlah clearkan cek ku wahai Maybank. damnlah. bosan sungguh weekend, kerana ramai orang di mana saja.~ lemaassss mahupun di rumah sendiri.

Monday, December 14, 2009

Disember~

  • Disember 2009 best sebab kerja 4 hari, cuti 3 hari~ terima kasih!
  • Hari hari gumbira bersama En.Syafiq, pergi jauh-jauh ribut taufan~
  • Esok kena pergi JPJ buat lesen dan bayar saman! (30% diskaun) kan sekarang Mega Sale, haha! so, masuk office lambat~ :D
  • Esok dapat gaji! dengan penuh harapan~
  • Esok juga akan ke UiTM, menemani En.Syafiq ambil gambar konvo. Betul-betul hari last ye kawan-kawan~ 

Sunday, December 13, 2009

dah lama lesen expired, 4 bulan. kalau tak kena tahan dengan JPJ, tak tau lesen dah mampus. hahaha~
malas nak pergi buat.

Monday, November 30, 2009

byebye.

whatever rumours you heard about me, take it or leave it. If you have doubts, come to my face and ask me. Bosannya aku dengan drama korang semua, so aku mengucapkan selamat tinggal~~
Sayonara....sayonara....sayonara.....

jaga tepi kain sendiri boleh tak...
to the people from my past, yang hanya membuang waktu aku,
aku ucapkan selamat tinggal. get the hell out of my way ;)

hidup aku sekarang :
aku + dia + mereka = gembira.

Sunday, November 29, 2009

Saturday, November 28, 2009


i love this picture =)

Friday, November 27, 2009

.:BROKEN:.

the broken clock is a comfort, it helps me sleep tonight
maybe it can stop tomorrow, from stealing all my time
and i am here still waiting though i still have my doubts
i am damaged at best, like you've already figured out

i'm falling apart, i'm barely breathing
with a broken heart that's still beating
in the pain there is healing
in your name i find meaning

the broken locks were a warning you got inside my head
i tried my best to be guarded, i'm an open book instead
and i still see reflection inside of my eyes
that are looking for purpose, they're still looking for life

i'm hanging on another day
just to see what you will throw my way
and i'm hanging on to the words you say
you said that i would be okay

the broken lights on the freeway left me here alone
i may have lost my way now
haven't forgotten my way home

i'm holding on
i'm still holding on
i'm barely holding on to you.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

I'm loved. dan mereka jealous~
haha..
sudah-sudah la tu. semua dah besar kan?
tau fikir mana baik buruk.
tak perlu nak judge orang.
saya bosan mendengar cerita yang sama, so shut the hell up.
diam lebih baik.

with love,
pergi cermin diri sendiri.

Thursday, November 26, 2009

How?

Saje selit ini cerita. Buat kenangan diri sendiri. Kat Kelantan aku menumpang duduk kat rumah nenek+atuk. 30km dari bandar Kota Bharu kot. Aku duduk sana tak lama, sebulan je kot. Pastu balik sini balik. So, aku pulanglah semula ke Shah Alam untuk cari kehidupan yang baru, sebab tak boleh survive la kat sana :p Aku drive sorang-sorang balik rumah dari Kelantan, weee~~ suka suka..drive sorang-sorang adalah perkara yang menggembirakan. Pukul 2.00pm bertolak dari Machang. 6.40 dah sampai Gombak. hehe~ i like.



Simpang keluar dari rumah nenek + atuk.




ni kat hutan belukar mana ntah. ye, cermin kereta saya retak~



mungkinkah kerana nyanyian ku, hujan lebat?







hehe~

goodbye Entertainment ?

I'm kinda tired working in the entertainment line. It's only been for four years, but I guess that's it? Guess what, I got a new job, again~ I can't afford living in Kelantan on my own. banyak pakai duit..isi minyak and all. Kena travel satu Kelantan. Nak tunggu orang call balik, then takde apa-apa. Gaji pun per assignment, macam tak berbaloi. Kerja production pun, ok la..but with long hours (over 12 hours) setiap hari , no break = takde cuti. Some might say I'm choosy or tak bersyukur dengan apa yang ada. But it's me who's working. And of course I want the best for me, and for the people I care. Kalau gaji beribu tapi balik rumah tengah malam hanya untuk mandi dan tidur, lepas tu pergi kerja sebelum semua orang bangun, buat apa? I don't want to miss anything anymore. Cukuplah dalam beberapa tahun lepas aku selalu tertinggal dan ditinggalkan kalau ada family trip or balik kampung. Yang paling terkilan, tak dapat join family trip to Taman Negara. Dari kecik tau nak pergi sana! So, this time I got a job as Admin Assistant at an audit firm in Phileo Damansara, how ironic. They call me the day after I sent in my resume, which is yesterday. I went there for the interview and I got it right away. Sangat happy~the boss introduced me to everyone at the office.  I'll start this Monday, wish me luck!

=)

Friday, November 20, 2009

re-live.



terima kasih kerana membahagiakan hari-hari ku..hari-hari kita..let's hold on to what we have. don't give up on us~ it's sad to see the sadness around us..let's make the escape, and be happy while we can. you had your last chance. please appreciate it.

love you.

Tuesday, November 17, 2009

life doesn't stop for anybody.

Can't find the right word to say. Life been tough lately, biasalah kan..nama pun hidup. Marilah kita bercakap tentang isu persahabatan atau relationship. Kadang-kadang bila keluar kerja, aku terfikir..kenapa aku kena tengok semua ni? Seolah-olah aku dihukum untuk melihat kesedihan. Walaupun, kadang-kadang benda tu tak jadi pada aku, tapi aku dapat rasakan macam mana sakitnya. Kenapa manusia terlalu kejam? tak fikir manusia lain juga punya perasaan. Seseorang pernah bagitau aku, tak perlu berkawan terlalu rapat dengan sesiapa, sebab akhirnya kita akan terluka. Ada betulnya. Apa guna bestfriend, BFF? untuk berkongsi masalah?suka duka? at the end of the day, i don't believe in any of this coz people change. Hari ni bukan main lagi, lepak 24 jam..pergi mana sama-sama..buat itu ini sama-sama. Masa tu, kita akan rasa memang dia ni sorang la kawan baik kita sampai mati nanti. I'd say, bullshit. Sebab akan tiba satu masa, dia akan jumpa dengan ramai lagi orang lain. Kita pulak dibuang jauh-jauh. Tak payah nak terasa lah, sebab benda tu memang akan jadi. So, just cherish the moment. When the time comes, tak perlu la nak bergaduh, bercakaran. Kenapa tak kita ingat balik masa happy-happy dulu? kenapa dengan sikit kesalahan yang kecik, menutup semua kegembiraan yang pernah dirasa sama-sama...?Well, this is life. no matter how much we hurt, it goes on. Appreciate what we have before it's all gone. Aku bernasib baik sebab ramai kawan. bila kerja, ramai orang baru aku kenal. Tapi, bila dah besar ni, tak perlu la kot nak rapat-rapat sangat dengan semua orang. tapi, tak ada la sampai melupakan. Aku hargai semua yang ada di sekeliling, cuma aku lebih selesa dengan dunia dan cara aku sendiri..

pinjam kata-kata dari seorang rakan (Saiful Zanawi) :
dengan hanya satu mata aku jadi kejam sehingga aku lupa untuk melihat mata kedua.

Thursday, October 1, 2009

8 days more.

got the official letter. gotta pack everything. gonna bring all the things.
nak pergi low yatt beli barang-barang yang diperlukan. servis kameraku.
gonna bring Si Biru along :)

mari Si Biru, kita mengembara~

Monday, September 28, 2009

Sunday, September 27, 2009

gone insane.

hahahahahahahaha!!~~~~ (^_^)

i rather be a bitch than a hoe. rather tell it like it is than blow every boy i know. rather be known for what i do than who i screw.

Wednesday, September 16, 2009

tolonglah hargai sementara aku masih hidup ni.
kenapa susah sangat. why don't we work things out. ask me questions, i'll answer.
when i ask you, please talk to me.

once i'm gone, i'm not coming back.

Monday, September 14, 2009

Kuala Lumpur VS. Kelantan.

Pemenang pada tahun ni adalah Kelantan. Dari aku lahir sampailah sekarang, tak habis-habis aku dengar KL, Kelantan, KL, Kelantan. Maklumlah, mak aku orang Kelate. Abah pulak anak jati KL. Kalau raya memang kecoh bab raya kat mana. Macam dah lama tak raya kat Kelantan ( bosan lah Aidilfitri kat sana :p ). Tahun 2007 kami sekeluarga melarikan diri ke luar negara pada malam raya, ktorang raya kat Beijing & Xi'an 10 hari. Last year raya kat KL jek. So, tahun ni giliran untuk pulang ke kampung Umi. Kat sana best sebab rasa macam kat Palestin. Perang mercun~ lagipun Mak masak sedap..Hm, ok la kot. Tak terasa nak raya langsung, sedih. Walaupun aku dilahirkan kat Kelantan, aku macam ada aura negatif sket ngan warga Kelantan nih. Maybe sebab masa aku tinggal kat sana dulu, dorang suka ejek-ejek aku sebab aku tak reti cakap bahasa mereka, bau budu..so, aku menganggap dorang ni racist. Sorry to say..tapi macam betulkan. Kalau dah jumpa rakan senegeri tu, haih~~ tak payah cakap pasal orang lain, mak aku sendiri pun macam tu, kalau Kelantan semua baiklah..tak ada apa yang buruk..orang Kelantan semua bagus. wekkk..~ nak muntah. Maaflah. Ni sekadar pandangan aku je. Apa-apa pun, tempat lahir aku masih di sana. Kalau orang tanya pun, aku cakap aku lahir kat sana, apa masalahnya? Berdosa ke aku kalau aku lahir kat sana, tapi tak reti speaking Kelate? Ape hal lah pulak aku nak emo pepagi nih. Tak kisahlah ramai yang melabelkan aku 'Kelantan murtad'. Maafkan aku negeri kelahiranku..~ Aku orang Malaysia.
Abah dah balik. yeaay~
thanks sebab belikan Victoria Secret berbotol-botol. mwahh Abah!

Friday, September 11, 2009

ONCE I SAID THIS TO MYSELF.

be loyal.
no matter how many opposite-sex friends you have,
know your limits and remember that one special person who deserves to be treated as special as he is.

PERSOALANNYA SEKARANG ..perlu ke?

you make it hard to smile.

Moving on is simple, it's what you leave behind that makes it so difficult.

Thursday, September 10, 2009

Sembilan Ciri Lelaki Sejati.

  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi kelembutannya yang mengatakan kebenaran.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi dari hati yang ada disebaliknya.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmen terhadap wanita yang dicintainya.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.
  • Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi konsistennya dia melaksanakan apa yang dibaca.

Wednesday, September 9, 2009

Syukuri apa yang ada..

Lately there's a lot of things happened. I feel so numb. I express myself through all the songs I post. Enjoy~ I dedicate tis one to my own self..be strong, self.

09.09.09

NOTHING SPECIAL.

Friday, September 4, 2009

tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar. kenapa mengharap teman setampan Yusuf andai kasih tidak setulus Zulaikha.

Thursday, September 3, 2009

rasa nak muntah. tapi tak ada apa yang nak dimuntahkan..



Ku teringat hati yang bertabur mimpi,

Kemana kau pergi Cinta

Perjalanan sunyi yang kau tempuh sendiri, kuatkanlah hati Cinta

Ingatkan engkau kepada

Embun pagi bersahaja

Yang menemanimu sebelum cahaya

Ingatkan engkau kepada

Angin yang berhembus mesra

Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji

Genggamlah tanganku cinta

Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri

Temani hatimu Cinta..

Tuesday, September 1, 2009

patutlah hari ni mendung sampai petang..

darkness greets me with a sadistic smile
at the end of a dimly lit road
consumes my fear in your veins
live off the horrible pain
cut me off the real world
tell me I'm insane

watch me suffer for your own twisted greed
leave my heart to bleed
give the things i crave
sitting crying digging my own grave

i'm screaming of you, dream of you
dying for you, lying for you
and you watch me crumble
you watch me trip, you watch me stumble

your grip is like acid
making me weak
give me the poison that make me sick
and in return i'll give you the happiness you seek

give me the pain you feel
shake my heart as if it's not real
treat me like another one
of the people you play with
for your twisted fun
leave me alone, in the dark and cold
destroy the girl once so bold

give me all this pain and i bare my own
destroy the girl i used to show
leave me here to rot and die
leave me to silent cry
and all of this i know it's true
i'll always love you

Friday, August 28, 2009

Monday, August 24, 2009

the metaphor

pic. credit to Sarah Munir

Rain Don't Last Forever

Could it be the world's grown colder?
Maybe, I'm a losing soul
The more I try it just gets harder
And my pain is getting old

Sometimes my burdens get so heavy
And it seems too hard to bear
Sometimes I feel so empty
And it feels like no one's there

Somebody said that nothing lasts forever
Just the storm so I've been told
But it seems that when it rains it pours

And you know the rain won't last forever
And you know the storm won't always flow
But if the sun don't shine forever
You gotta let it go ...

Wednesday, August 19, 2009

18.08.09

At last, I'm not alone anymore..at least for now~ :)



En. Syafiq 1st day to work! yipee~
(gamba ni perlu di'print' dan simpan dalam arkib keluarga~)


I put some colours coz I'm happy.


Tash mengambil ku dan terus ke Istana Budaya


Me Qila~!


after show with Lizard.


The play was OK~ suara Fauziah Latiff merdu sekali. Er..nasib baik tiket free :p

Friday, August 14, 2009

Masa depan

Tadi jumpa kawan aku sorang lagi, dah nak bertunang. Happy untuk ko~! Nama dia Umi Syahidah. Dia ajak pegi majlis tunang die, so aku boleh amek gamba sekali. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan, sampailah aku nanti. Dia kata next year kahwin. :)
En.Syafiq is coming..and I'm going away~? Tiada jodoh di antara kita~~ Tengoklah macam mana nanti, wish me luck. Harap-harap dapat tempat dekat-dekat jadi bolehlah balik selalu :p

Wednesday, August 12, 2009

Ira Syazwani's Day!

Event : Ira's Convo
Venue : UPM, Serdang
Date : 11 August 09
Notes : Bach. In English Literature. My bestfriend too! (ramai bestfriend ni :p). Now she's in USM doing her MBA. Much love from me & Wan. We Love you Ira~~! It's been 11 years. Here's to many more to come. :)
Amek Wan kat UKM, terus bergerak ke UPM~

My Ira! Congrats~


the three kepohs from SK Desa Pahlawan




dipaksa oleh Ira & mamanye! Maluu~



friends forever~!



ni pun kawan dari sekolah yang sama.
Cikgu Faisal

Kawan-kawan kolej~ rindu korang.

Thursday, August 6, 2009

x_x

hidup aku adalah membosankan.. what a tough day today... :'(
feel betrayed. it hurts.
banyak cerita nak beri tahu, tapi aku nak simpan sorang-sorang...
macam kau selalu buat~

QUE PRECIOSA

Saya dan kakak baru saje memulakan perniagaan secara kecil-kecilan (Industri Kecil Sederhana) :p
Jadi, marilah singgah dan memeriahkan kedai alam maya kami.. :)
seperti biasa, saya sangat merindui En.Syafiq~
kenapa dia lambat sampai... :'(
adekah die sudah lupakan saya..

Monday, August 3, 2009

Biodataku

(biodata ini telah ditulis 12 tahun yang lalu oleh penulis blog ini dalam buku biodata kakaknya~)

MY PERSONAL DETAILS

Nama >> Nur Illi Husna Hasbullah

Umur >> 11 tahun

Tarikh Lahir >> 11 April 1987

Tempat Lahir >> Dah tau kan...

Makanan kegemaran >> Nasi ayam & yam yam & yang halal..

Minuman kegemaran >> Air gas & yang halal

Kawan karib >> Farhana, Wahiza, Lydia, Faireen (dah tak ingat ni sape)

Kawan istimewa >> Ira, Wan, Aznen, Aiza, Afiqah (kwn istimewa kekal sampai sekarang) :P

Kawan biasa >> Ramai...especially Kak Dhilah & Kak Farah (sapa tak tau?)

Musuh >> Nur Hidayah Bt Idris (suka mengumpat orang) (siap explain tuh,still remember that girl!)

Hobi >> Menjelajah, berbual-bual kisah silam dan lain-lain (menjelajah adalah jalan2~)

Cita-cita >> Pengarah Filem dan Pengarah Perhilitan (tak sangka masa ni dh ada cita2 nk jd director)

Falsafah >> Ingin berjaya & eh, terlupa la....

Motto >> Hidup jangan dipersia

Penyanyi diminati >> Siti Nurhaliza, Amy Mastura, Chico (zaman Siti baru nak glamer)

Pelakon diminati >> Amy Mastura, Hairi Othman (tgh gila tgk Puteri Impian)



your lovely,

(tanda tangan)



(bahagian ucapan)

Untuk Kak Amy tersayang

>> jangan main cinta, cinta bukan permainan seperti anak patung

>> jangan suka berkhayal

>> good luck!

Friday, July 31, 2009

ronggeng rokiah.

Semalam pergi ambil adik En.Syafiq di Institut Perguruan di Bangsar, membeli tiket bas beliau untuk pulang cuti semester nanti. Kemudian berjalan-jalan di Pavilion. Teman baikku sentiasa bersama, auww~

Cik Amalin dan Cik Sxa



Kami bertiga yang disayangi oleh En. Syafiq :p


Thursday, July 30, 2009

Saturday, July 25, 2009

hari pecah perut serta anak tekak.


Naim telah sms pada awal pagi (7.01 a.m.) untuk kali yang ke berapa ribu pun tak tahu. Soalan beliau "qila, illi, iefiz adakah anda semua masih busy?". Owh, rasa bersalah menghempap aku. Aku perlu bersetuju kali ini. Maka, aku pun hanya mengikut plan yang dirangka oleh Naim dan Iefiz kot? Entahlah..Kami ke Bukit Bintang, makan-makan..borak-borak sampai restoran berangkai itu tutup. Meneruskan borak-borak yang memang takkan habis sampai bila-bila di Tasik Titiwangsa. Oh rindu sekali~ dulu hampir tiap-tiap malam ke situ, lepak-lepak sambil online depan Eye On Malaysia. Ok, kami terpaksa mengundi Hairi (Anak Wayang) sebab dia kawan kami, hahaha. Tapi aku rasa dia layak pun. :) Ok, bye2~




dalam kete Mimi, baru lepak melepak di Bukit Bintang.



Kawan-kawanku yang sentiasa lapar~


mimi & qila ku sayang~

Melepak di Tasik Titiwangsa, depan rumah Qila je~



Comel sekali gambar ini~ Mwah Besties!

Wednesday, July 22, 2009

MyHotComments.com
MyHotComments

Banyak sangat.

Banyak sangat benda jadi akhir-akhir ni. Malas tul nak menaip~
Ringkasan je. Macam rangka karangan.

  • Balik kampung Khamis lepas. ( Makan buah - Family day sekolah ayah En.Syafiq - Main layang-layang lagi - Pantai lagi - Berpiknik sambil makan sandwich air tgn ibu En.Syafiq - Mancing ikan - Mandi Air Terjun.

  • Si Biru masuk wad lagi :/ pintu belah kiri kemek depan belakang. malas cakap pape dah. Bukan aku drive. Sekarang jadi driver semua orang dalam rumah.

  • Selamat hari yang ke-500 untuk kita~ (22nd July 2009)

  • Masih menunggu dan terus menunggu~

  • Mula menabung untuk masa depan.

  • Mula bekerja part time Jumaat ini

Thursday, July 16, 2009

what a night!

Aku keluar malam ni, hanyalah semata-mata ingin menjalankan amanah yg diberikan. Iaitu menghantar handphone kepada Anas Hafizuddin. Pening jugak mula-mula tu, taktau nak pass kat siapa. Ingat nak pass kat Syima, dah siap message dia. Rupa-rupanya Syima dah tak pakai Umobile, huhu. Pastu message Ziela, tak reply. Rupa-rupanya dah habis kredit, huhu. Pastu message Misai. Misai kata, datang lah hantar..jadi, aku meminta Umiey untuk teman aku. Alang-alang tu, boleh jumpa Syamim sekali. Masa kat Danau Mas tu, aku ternampak kereta Ijat, follow la dia. Tapi dia tak perasan, hampa sekali. Then pusing-pusing kat situ, nampak lak kereta Macha. Nasib baik dorang perasan. Anas pun ada sekali..maka, mission accomplished! :)
Lepas tu, terus ke rumah sewa Syamim, dan lepak di Bangi Kopitiam. Then, suddenly..ada la beberapa orang yg tak dikenali join meja ktorg... ??? confused jap. Aku n Syamim dah pening-pening. Layankan aje...
Dah lepak-lepak tu, hantar la Syamim pulang ke rumah. Jalan kaki je, hehe. Kami kehairanan melihat ramai orang berkumpul kat depan pintu rumah sewa Syamim tu. Beberapa orang tak dikenali turun, Syima dan Ziela pun ada. Ziela pun cerita apa yang jadi..Sila rujuk ke blog Syima.
Sekian laporan untuk hari ini. eh semalam? bila-bila la~


Tuesday, July 14, 2009

baby Hafizan.

With Baby Hafizan.
jumpa dia kat kenduri kesyukuran kawan ibuku.
Dia sangat kecil dan comel.
Kepala dia besar telapak tanganku.
=)




crazy.

sebelum En.Syafiq pulang semula ke tanah tumpah darah beliau, kami meluangkan masa bersama-sama..manis sekali~ ( padahal baru 8 hari lepas dh jumpa ) alamak, pecah lak rahsia kat sini :P . Hari ni, dia balik sana. Lusa aku pula menyusul tiba. Hahaha boring~~ maybe kita boleh melawat laut lagi? Main layang-layang, ikut bekas tayar motor pakcik ais krim tepi pantai, bina rumah pasir, minum coconut shake..mcm2 lagi kan..dan mlm td..kami telah ke...

SEREMBAN~
ok la yang. jumpa lg nnt. Syima pun blk kampung. sila bawa kami jln2~ huhu

Monday, July 13, 2009

P.S. I Love You


Synopsis :
On a country road in Ireland over ten years ago, it was love at first sight for Holly, a lost young tourist and Gerry, a charming local lad. Holly's formidable mother, disapproved of the couple, concerned that her spirited daughter was too young for marriage. In the years since, the once fearless Holly has become unsure of her own identity. When Gerry dies with a brain tumor and leaves Holly a widow just shy of her thirtieth birthday, her family and best friends are concerned that she will never emerge from her takeout container-strewn Manhattan apartment. After weeks holed up watching old movies, a birthday cake and tape recording message from Gerry mysteriously arrives, marking the beginning of a series of letters instructing her to perform unusual requests. With the help of her girlfriends, Holly begins a year of wild adventures and a life journey that Gerry has planned for her, helping her to discover who she is without him and reminding her - p.s. I Love You.
P.S. I Love You is based on the best-selling novel by Cecelia Ahern.


Sob..sob..
cerita ini sangat comel. Kalau En.Syafiq tak ada, saya mesti jadi macam Holly. :(
I love you, yang. Can't imagine my life without you.

Friday, July 10, 2009

cerita Rosmah

Hari ni aku melayari laman youtube. Tiba-tiba aku ternampak kisah Rosmah Mansor. Aku pun tengok je la. Dah tengok tu, timbul pelbagai soalan dalam diri. Iskk~ betul ke apa dorang cakap ni? tak baik fitnah? Aku bukan minat sangat dunia politik, sekadar ambil tau. Jadi, aku pun update la status kat facebook seperti biasa..berbunyi ;
"Betulkah apa yang dikatakan tentang Rosmah Mansor kat youtube tu? wallahualam bisawab..."
Tiba-tiba, ada seorang warga ASWARA, tempat aku belajar cakap..
"jaga statement anda yer...adakah kamu warga aswara, so hati2 ye"
Hmm..adakah kerana aku belajar di institusi kerajaan maka aku dilarang mengeluarkan statement begitu? Padahal bukan aku cakap ape pun. Kenapa perlu takut? Tiba-tiba aku teringat kisah yang pernah jadi kat group aku dulu. Short film ktorg pernah kena banned sbb ada scene yang mmg tak sepatutnya ada. Pegawai atasan siap cakap benda tu sampai masuk kabinet. Lepas tu, ktorg satu group kena mengadap menteri minta maaf. Sangat2 exaggerate! Penuh dengan drama. Boring~ padahal, takde pape pun..ktorg pulak yang tak sabar-sabar nak jumpa menteri tu. K , bye.

Thursday, July 9, 2009

i miss the beach.

comel sekali mereka berdua. :p


Farid Izwan, dh 11 tahun kawan nih!



mengenangkan saat-saat di sekolah dulu.
walaupun sempat dua tahun je ngan dorang.


cayang belikan layang-layang.
my sweetheart.
info :
semasa dalam perjalanan ke sana, saya telah menaiki bas yang sama dengan Cot. :p

Wednesday, July 8, 2009

sakit.

wants to watch Ice Age and Harry Potter.
i'll go by myself i guess~

..only grown-ups don't understand.

Monday, July 6, 2009

girly day.

hahaha. sounds funny~
aku tak ingat bila aku keluar dengan rakan-rakan yang semuanya tediri daripada jantina yang sama, haha. Seronok gak join kawan-kawan baru aku tuh. Apa lagi, ronggeng rokiah la~ lepas pegi printing dan selesaikan sedikit kerja. Aku dan Mctea tolong Bee angkat barang dari Mawar pindah rumah sewa. Someone saw me there, padahal dia betul-betul depan aku, tak perasan langsung kot. Sori laa ek~ nape tak tegur je kan senang..huhu. Mctea yang drive, wee~! lagipun dia kena la amek tau jalan-jalan Shah Alam ni kan. Lepas pindah barang, bawak dorang pg Giant, membeli belah..paham-paham je la kalau dah perempuan~ huhu..ok la, baru la aku tau bila keluar dengan all girls. hahaha~ wink wink

mctea and me waiting in the car at Mawar~ Bee sesat dlm kolej tuh.haha!

Mctea, selaku consultant membeli belah~ kena control dorg ni, bahaya~ hehe

Saturday, July 4, 2009

Mctea's Day

Hari ni, bangun awal pagi untuk teman rakan baik selamanya, Cik Salwati Mohd Sukri mendaftar kat UiTM Shah Alam. Gembira sekali akhirnya dia dekat denganku ! Park kereta kat Padang Kawad pastu naik bas UiTM pergi Dewan Sri Budiman (yeay, naik bas UiTM ! :P) jakunbatakasli sebentar di situ. Terserempak dengan Sha, yang sedang menunggu kekasih hatinya, Macha. Lepas tu, kedengaran Cot panggil nama aku. Ayu dan Macha ada bersama. Hari ini adalah hari OhAkuTakMahuTerserempakDenganSesiapa. Maksudnya, kawan-kawan lama dari pelbagai sekolah :P atau orang-orang gila. Sebabnya, saya tak mahu menjawab soalan seperti :
  • Eh, sambung sini jugak ke? Course apa?
  • Hai ! lama tak jumpa, dah kawen?
  • Dah habis belajar ke?
  • ASWARA ? Binatang apa tu??

Ramai mak dan ayah amek gambar anak mereka beratur panjang
untuk mendaftar, got one for Mctea too! :P
Selesai daftar, bertemu rakan-rakan yang tidak
mendapat tempat tinggal di kolej.



house hunting bersama cik sxa, cik bee dan cik ayun



Mctea bersama Chiwawa! :(
dorang dapat rumah dekat Blok 58! selang dua rumah dari bekas rumah sewa En.Syafiq !
Kelihatan Chiwawa (kucing belaan En.Syafiq) masih menunggu di depan rumah bernombor 116
:(