Thursday, December 30, 2010

Tanggal tiga puluh

Assalamualaikum,
Masih belum sempat nak post majlis pertunangan/kahwin weekend lepas.
Nantikan ya.
Malam semalam, saya menerima sms dari seorang rakan.
Ajak untuk berjumpa. Tak sampai hati nak katakan tidak, sebab memang dah
lama rancang nak jumpa cuma tak berkesempatan.
Gembira saya melihat dia :)
Tapi badannya susut, kurus sangat. 
Dalam gelak tawanya, saya tau seribu duka dipendam.
Saya hanya mampu doakan semoga dia dirahmatiNya
dan moga dia gembira selalu, moga hatinya tabah.
Saya mahu makan dan gembira bersamanya lagi~

You know we love you!

Monday, December 27, 2010

hidup semula

Boyfriend lamaku telah kembali semula, ku membawa dia ke utara semalam. Ku sangat gembira kerana dialah teman setia. Mengimbas kenangan bersama..

Wah wah gitu. Terima kasih Abah sebab belikan bateri!
Maka, kembalilah hidup kamera yang ku cintai. 
Dah lama tau dia terperap seorang diri dalam almari.
Kamera tu, hadiah dari Abah masa beberapa tahun lepas.
Tak sangka Abah belikan. Dahlah masa tu tgh mahal, sbb tak popular lagi.
Sekarang ni, DSLR jadi mainan kanak-kanak je.

Okeh, bolehlah start ambil gambar semula.
Saya mmg tak pandai pakai photoshop, jadi saya akan mula belajar!

;)

Friday, December 24, 2010

Thursday, 23rd.

Malam tadi pergi makan dengan cinta hati kat IKEA. Seharian tak makan macam puasa, puas hati dapat makan Baked Salmon, Baked Chicken, Chicken Wings, pastu dapat free chicken soup and bun. Plus, durian pancake! Korang kena try, untuk sesiapa yang suka durianlah. Sedap! Kulit dia pancake yang sangat nipis, dalam ada a bit cream and real durian! Tak tau la pulak apa nama gerai tu. Kalau kat Durian Durian pun sedap juga pancakenya. Nyum nyum nyum. 

Lepas makan, jalan-jalan around IKEA, macam-macam nak beli! Dahlah murah~ Nasib baik dalam wallet sentiasa tiada cash. Tapi kan, memang banyaklah nak beli. Nak beli terus, tapi kena simpan duit for the weekend. Drive shaft kereta tak baiki lagi, tak servis lagi. Maka, tahan dulu. :)

Idea berduyun-duyun tiba masa kat situ, nak beli lampu, vases, bekas-bekas comel, lilin, frame gambar!

Wednesday, December 22, 2010

Cahaya Hati - Opick.



Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala



Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu



Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

The Future Is Unclear.

Setiap seorang dari kita, akan tertanya-tanya kemana hidup akan membawa kita. 
Begitu juga saya :)
Tapi kan, seriously, I don't have a plan for my life, I mean in a long term. Hik~ Bukan saya tak hiraukan kehidupan, but I let myself to go with the flow. I don't want to do something I don't like. I don't wanna get stuck or stranded. I want life to be enjoyable. I don't want to be a mad workaholic woman. Coz you'll end up alone. Some people said I'm lucky, Alhamdulillah if it's true.  I chose what I want to do. I want to take control, coz it's my life, my body. 

My current life overview.

WORK
Saya tinggalkan dunia hiburan, tapi masih support kawan-kawan. Saya enjoy dengan kerja sekarang. Kerja biasa-biasa. Tak ada apa yang menarik. Bersyukur  sangat dengan apa yang diberi. Seronok, tak tension, tu yang penting.

MONEY
Gaji biasa-biasa juga :) Cukup untuk bayar kereta setiap bulan. Masih boleh makan secara mewah, which I love! haha. Boleh berjalan-jalan. Adalah kalau nak spend tu. Tapi saya bukan kaki shopping, cuma suka makan yang sedap sedap!

LOVE/FAMILY/FRIENDS
Baik baik saja :) Still fighting for it. Saya memang tak suka orang menggedik dengan si dia. Sedang menghitung hari bahagia, moga dipercepatkan. Amin~ Saya ada kawan-kawan yang best dan sentiasa menggembirakan. Ibu bapa yang memberi tempat tinggal, adik-adik yang bengong dan boleh menjadi gila bersama.

Buat masa sekarang, semua ok. Lagipun dah tua, penat nak layan benda-benda remeh. Mood swing hanya dengan En.Syafiq, maafkan saya! Jangan manja sangat sebab giliran saya pula untuk bermanja. 

At the end of the day, saya nak jaga suami dan anak-anak di rumah satu hari nanti. Rezeki ada di mana-mana. Bak kata seorang rakan, duit bagai bulu ketiak, bila botak dicukur, akan tumbuh lagi! Jangan jadikan duit masalah besar kehidupan.

My love goes to you guys, may you have a great year ahead!
2011, here we come!

Monday, December 20, 2010

InsyaAllah

My friends and I are planning to go to London to visit our bestfriends, Iefiz and Sot. We miss them so much, we have to go there! Mula-mula nak pergi this coming February so that we can celebrate birthday Qila, Iefiz, Sot and Naim sama-sama. Tapi, ada hal yang tak dapat dielakkan dan saya pun ada benda nak diselesaikan, maka kami memilih untuk terbang pada bulan April! InsyaAllah~

Friday, December 17, 2010

Cuppies

 Haih, semua benda nak hijau! haha~
Nak cuppies macam ni, simple je.
Maybe cake warna hijau, frosting warna cream?
Or butter cake, frosting hijau?
Esok eksperimen! Weee~





Cuppies buat sendiri, sebab senang je dan memang suka buat!
Tapi tak pandai deco, suka deco simple simple je 
:)

13

Tuesday, December 14, 2010

Vision

Dah ada sikit-sikit kot vision untuk majlis tu? I really have no idea where to start! But I'm gonna stick with that colour, En. Syafiq pun sudah setuju..hehe~ So, akan mula buat list barang-barang. Boleh window shopping dan survey harga. Umi cakap dah boleh start beli sikit-sikit, tak adalah sesak nanti. Abah dan Umi akan honeymoon untuk sambut wedding anniversary dorang kat Rome, Venice, Milan & Florence Januari ni, nak kirim apa ye?

Maaflah, saya malas nak buat belog khas untuk tu semua, hehe. Sini saja tempat saya menconteng.

I want Calla Lillies!


This is the theme!

Topik Di Corong-Corong Radio.

Assalamualaikum Semua :)
Happy Tuesday!

Semasa dalam perjalanan memandu pulang ke rumah dari pejabat semalam, saya dengarlah Fly FM (95.8). Topik yang dorang bincangkan adalah, CAN YOU LOVE TWO PERSONS AT ONE TIME? Rata-rata katakan tidak. Elelele ye la tu korang!

Pendapat saya :
Saya memang ada kemahuan nak buat begitu, hahaha~ tidaklah. Saya punya satu hati saja, dah bagi kat sorang mamat tu, mana boleh ambil balik? Nanti buruk siku! Nasihat saya, kalau mampu, bolehlah. Ni takat hidung je, pastu nak bercinta ramai-ramai. Ape kes? Hargailah orang yang cintakan awak tu. Awak pun boleh belajar untuk menyayangi seseorang..macam saya..hehe! Fight for your love. jangan kasi orang lain enterprem dan buat semak samun. Amek je sabit, tebas semua semak tu. wink2 ;)

Pagi tadi pulak, semasa perjalanan ke pejabat, dengar Hot FM (97.6). Topiknya, LELAKI MANJA, suka ke tak??

Pendapat saya :
Saya kurang gemar, sebab kalau si dia manja, siapa nak manjakan saya??haha. Boleh je kot lelaki nak manja, tapi tengok keadaan dan masa yang sesuai. Tapi ada jugak lelaki yang menggunakan kemanjaan dorang tu untuk pikat perempuan. Ini saya memang tak suka. Kalau ko tu dah ada aweks, yang ko nak manja-manja dengan perempuan lain, apehal? Kurang kasih sayang? Aweks membosankan? Aweks miskin (dia tak dapat belanja ko makan)? Fikir-fikirlah sendiri..renung-renungkan wahai lelaki sekalian. Cuba bayangkan kalau aweks ko buat benda yang sama, tak ke hati panas, jiwa kacau? lalalalanddd~

Monday, December 13, 2010

Company Annual Dinner

Weeehoooo~ 
Can't wait for the company New Year's Eve Party and my boss birthday celebration this 31st December, te'over' excited pula. Sekali sekala :) It will be held in Bukit Kiara Equestrian Club. I'll bring En.Syafiq along. The theme colour ; black, red and white. I don't really like white, so I think I'm gonna wear red or black! Yesterday, both of us bought a new shoe. I chose black, again. Can I buy another pair in red?? Heee~ maybe I can borrow some clothes from my mom. We'll see..Or maybe I can get a new one..! hahaha Alasanku.

En. Syafiq is taking me to dinner at Kg. Baru tonight, nasi air...wait for us!

Green!

I love!

Saturday, December 11, 2010

Happy Saturday.

Tengah hari tadi pergi kenduri kat Rawang, kawan Abah masa kat Kem Desa Pahlawan dulu, Pak Cik Arshad. Lepas tu ajak Abah jalan-jalan kat The Curve tapi dia malas, then pergi Empire Gallery. Umi beli baju kurung untuk wedding malam ni kat Seremban. Mula-mula Umi nak pilih warna olive green. 


"Eh, nanti aku nak pakai kaler ni!", bisik dalam hati.


Aku : Nanti Illi nak pakai warna ni. Takkan sama? Umi kena pakai warna cream.
Umi : Ala, takpe lah sama
Aku : Eh! Takkan sama kot..? (Belek-belek...) Oren! Haa, ni cantik..
Umi : Ok ke?
Aku : Cantik ape oren ni. Nampak muda, kulit Umi cerah, ni pun hijau (tunjuk kat baju dia pakai)..asyik hijau je,try la oren...(dengan harapan die tak pilih yang tu) :p Try tanye Abah..
Umi : Pink la..pink cantik kan??
Aku : Asyik pinkkkkkk je


Tiba-tiba Abah datang, tengah ambil gambar Nana & Tasha posing dengan barang-barang dalam kedai tu.
Abah suruh pilih oren sebab Umi dah banyak baju kaler pink.


YES! Oren tu memang cantik ok~


Masa Umi try baju tu, aku cakap kat Abah.


Aku : Abah, tema nanti Olive Green + Off White, ok tak? (Sambil tunjuk contoh kain tudung kat situ)
Abah : Hijau ni?? Tu hijau askar lah! Ya Allah dia ni.. (ketawa)
Aku : Huh? tak cantik ke Bah? Lawa ape hijau ni..ngan off white, mesti cantik!
Abah : Betul-betul anak askar dia ni


Ku suka Olive Green~!!
Umi pun dah cakap OK, bukan senang nak dapat persetujuan dari dia.

Friday, December 10, 2010

Keluarga Saya.

Abah dan Umi saya macam ramai je adik beradik?
Normal... Normal...

BELAH ABAH
Nenek dan Atuk dah tak ada, mari melawat pusara mereka kat Titiwangsa, dekat je :) 

1. Umi Long (Abi, Abg Wan + Kak Rina = Que, Kak Ija, Ain)
2. Mak Ngah (Pak Ngah, Abg Yoy + Kak Liza = Umairah, Kak Baby)
3. Mak Teh (Pak Teh, Along, Arep)
4. Tante (Pa'Man, Along, Angah, Ateh, Icha)
5. Auntie Yan (Aie)

= 25 orang.
Semua tinggal kat KL & Selangor kecuali family Mak Teh kat Yong Peng, Johor.


BELAH UMI

1. Tok Ayah + Mak
2. Cik Mah (Johan, Afiq, Amier, Amalin)
3. Cik Yah
4. Ayah Cik (tak kenal keluarga barunya, sorry)
5. Auntie Jone (Uncle Zahari, Nurin, Ikhwan)
6. Cik Ra (Uncle Fariz, Denisa, Denna, Ryan)
7. Cik Jarr (Uncle Sani)
8. Ayah Ngah (Mak Ngah, Alisha, Iman)
9. Ayah Su


= 25 orang


Semua tinggal kat Selangor kecuali Ayah Cik kat Johor, Mak, Tok Ayah dan keluarga Cik Mah kat Kelantan.

Itulah keluarga saya :)


Thursday, December 9, 2010

Kaler kaler

Lemah betul bab-bab warna ni, sebab saya hanya suka hitam. Jadi, tak pandai nak pilih yang lain. 
Mana yang ok? 

1. Turquoise + Light Gold (Cream?)  - Umi saya memang suka benor dengan warna turquoise.
2. Off White + olive green. I like!
3. Grey + Purple - Macam best? Purple...hmmm~

Any suggestion? Nak berangan dulu, maka nanti boleh budget siap-siap. Boleh survey dan beli murah-murah je mengikut kemampuan.

Wednesday, December 8, 2010

Mulakan?

Taktau mana nak mula ni! 
White? Sot kata macam hantu?
Turqoise? Meriah sangat?
Baby Pink? Tengah in sekarang..pink??? errrr...~~


I want Cream / Off White !


tak start apa-apa lagi. sibukkan diri dengan kerja walau dalam kepala fikir itu..ini..alahai~

Lebah.

SEPERTI LEBAH, MULUT BAWA MADU, EKOR BAWA SENGAT

Pernah dengar peribahasa tu? 
Maknanya :  depan kita mulut je manis, tapi belakang kita lain pula agendanya.

Camno tuh? Ala, korang semua mesti pernah alami dan rasa benda tu kan..kiranya samalah macam talam dua muka. Dulu kan, aku ni memang naif orangnya, eceh~ Tapi bila makin besar, dah rasa banyak pengalaman. Aku dah tau macam mana nak handle orang-orang begitu. So, bagi aku, orang yang bermuka-muka ni tak penting pun. Biarkan mereka dengan labu-labunya. As time flies, mereka juga akan hilang dari hidup kita. Jadi, pandai-pandailah kita menilai pasir dan permata ye? Jangan disebabkan sikap orang lain, kita rasa diri kita tak berguna. Tak ke rugi namanya tu. Mereka hanya picisan, tak perlu fikir pasal mereka lebih-lebih, yang penting jangan kasi peluang untuk mereka musnahkan hidup kita. Bila susah kita dipanggil kawan, bila senang, kita dilupakan. Kalau dulu, bolehlah saya duduk diam dan tengok je. Mulai sekarang, sesiapa yang mula nak ganggu hidup gembira saya, I'll punch you right in the face! You've been warned..wink2! Mwah.

Tuesday, December 7, 2010

Visited.

En.Syafiq decided to bring his family to Zoo Negara,
saya hanya tunjukkan jalan..
Happy~
:)

Monday, December 6, 2010

Sparkling

This is the ring that I received from Nafissyafiq's family. It's cute. 
Keluarga dia cakap saya macam budak-budak. heh. Macam nenek adelah
Saya belum jumpa En.Syafiq lagi sejak Khamis, semalam jumpa pun sekejap je sebab dia tunggu di luar.
Dia senyum senyum kambing, lalu saya flying kick beliau di situ.


To be honest, mula-mula pakai kulit gatal2 sebab saya allergic emas.
tapi kejap je, skarang okay je..gila tak ok?! :p

Sunday, December 5, 2010

Tanda.

5/12/2010.
Family En.Syafiq datang ke rumah untuk menghantar tanda. Agak menggelitis diriku kejap, haha! Malu dan nervous. Umi tak kasi turun dulu, bila panggil baru turun. Alahai, lagilah malu! Takpelah, merasa malu-malu dirisik... :p Tapi sedih sebab Abah tak join, dia tiba-tiba demam panas semalam. Kena tahan kat hospital. Uncle Sani tolong wakilkan tapi bininya Cik Jarr yang lebih banyak cakap n jadi wakil family saya! Tak sia-sia dia belajar di law school dulu, memang bidang dialah tu. Semuanya ok. Saya dapat 4 hadiah..balas balik pun 4. Doakan semoga semua  baik-baik saja..~ InsyaAllah. The engagement? Soon. Tak mahu dedah lg..hehe, stay tuned!

Tukang conteng muka, Amelia Hzbull! Thanks!!


Family En.Syafiq datang 4 buah kereta


menerima cincin dari cikgu kesayangan :)


Salam salam..Puan Siti Khadijah.
Insan ini mengajar mata pelajaran kegemaran saya 10 tahun lalu



Masuk bilik balik! Thanks my bff Cik Salwati , teman saya sepanjang masa.


Kaum wanita~ 


En.Syafiq's little sisters! The other little brother was missing.



 With the presents




Cake from Beautiful Flavor, yummy! Thanks Munif's mom~
1001 days of us.


Abah saya dan Abah En.Syafiq di hospital..cian abah :(
abah demam sebab pergi pancing udang nak bagi family En.Syafiq makan.

Friday, December 3, 2010

Semua tak indah.

Sakitnya hati aku. Si Biru banyak saman. Kalau parking tu bolehlah ditujukan kat aku. Kalau speeding tu...hmmm....bukan aku sorang kot yang drive? Senang senang je point out finger kat orang kan. Jarang sangatlah aku bawak kereta secara saiko. Kalau kereta aku sekarang ni dapat saman speeding, aku tau la kerja siapa. Sudah jatuh, dihempap klcc. There's nobody to talk to. Everybody just won't listen. Terima kasih semua, akan ku ingat sampai bila-bila. 


Rasakecewaada.


It's all a f**king lie.


tak payah nak tunjuk-tunjuk kesian sangatlah.'
semua penipuan sejak mula.

Wednesday, December 1, 2010

Kadang kadang diri ku bongok.



ku lihat semua gembira, bila mengenali erti cinta..senyuman ku beri hanya duka bila ingin teman tuk berbicara....