Wednesday, December 31, 2008

A re-post.

BENDA NI DAH LAMA SEBENARNYA. HUHU..
JUST RE-POST UTK DIKONGSI BERSAMA~

06/06/2006

Masa aku lahir dulu, ayah aku seorang pegawai tentera..Memang best jadi anak askar..Walaupun penat jugak asyik pindah-randah..tapi, seronok dapat tinggal kat negeri orang..Sekurang2nye dapat merase suasana ygberlainan. Masa aku kecik2, maybe sampai umur 3 tahun kot, aku tinggal kat Ipoh..yang tu dah tak berapa ingat..Pastu, ktorang pindah pergi Kem Lapangan Terbang kat Sungai Petani, Kedah..kat sini la aku masuk tadika..Tadika tu sebelah rumah je, cross jalan je dah sampai..tapi aku tadika sekejap je sebab bosan laaa..! Cikgu ajar benda yang sama je! ;p Pastu, aku lepak kat umah aje laa..Kalau petang2 aku ikut anak2 askar yang lain masuk hutan kat sekitar kem tu, agaknya memang dah keturunan..anak2 askar suka masuk hutan ;p Dalam hutan tu ada laa satu sungai kecik..ktorang tangkap ikan2 yang ada..pastu kena gigit lintah,pacat, semua complete..bile balik rumah mesti laa dah nak dekat malam kan..Ummi mesti laa bising! ;p
Masuk darjah 1, sempat la sekolah sekejap kat SK Jln Sekerat..maybe dlm setengah tahun kot..tak ingat dah..coz lepas tu ktorang pindah KL pulak..Seronok giler tinggal kat Sungai Petani..ye laa masa tu kecik lagi, semuanya best..Selalu jugak ikut Abah pegi ofis, dapatlah naik kereta kebal..ada yang besar..ada yang kecik..masa tu Abah dalam kor Armor..bile takde orang nak jaga ktorang kat rumah, ktorang dijaga oleh abang2 batman.. ;p dorang ni askar jugak laa..aku paling ingat Abang Benson, die hensem kot..aku ingat dia sebab dia suka timang ktorang ;p
Pastu, pindah KL..kire balik kampung laa sebelah Abah..ktorang tinggal kat Jalan Air Panas,Setapak..rumah arwah atuk & nenek, tapi Abah beli rumah tu..Ktorang tinggal kat KL sampai aku darjah 4..aku agak rimas ngan suasana KL ni,ye laa duduk kat kem aman je..kat Setapak pagi petang jalan jem je..! Masa tu Abah kerja kat Mindef, Umi pulak kerja kat Kementerian Kesihatan..Masa kat SK Jln Air Panas, bestfriend aku Jasprit Kaur..dia slalu lepak kat umah aku..walaupun ktorang pernah lost contact, aku dpt track dia balik tahun lepas =)
Naik darjah 5, ktorang pindah lagi..kali ni balik kampung Umi pulak, kat Kelantan..tinggal kat Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu..Aku masuk lak SK Desa Pahlawan..ramainya pahlawan kat sini..hak3! ;p kat sini laa aku amik UPSR..aku aktif jugak laa kat sekolah ni, wakil bola jaring, hoki, olahraga..pastu aku memang giler ngan persatuan Pengakap masa ni, selalu pergi camping..sempat jugak akujadi pengawas atau lebih glamer, mawas mase darjah 6..
Aku ingat lagi kawan2 yang rapat ngan aku..aku still contact ngan beberapa orang member sekolah rendah,walaupun masing2 dah bawa diri ke sana sini.. bile dah dewasa ni, kelakar plak bile ingatkan zaman sekolah rendah dulu.. ;p Best tinggal dalam kem! aku pergi sekolah naik trak askar! ;p Abang2 yang jaga trak hensem2..hak3! Dorang askar yang muda & hensem ;p Selalunya, anak pegawai dapat benefit duduk depan ngan driver..tapi aku suka duduk belakang, ramai orang..boleh buat bising! Pastu boleh ngorat abg jaga trak!wakakaka! aku ingat lagi Abg Brandon,muka dia macam Zach X-factor ;p
Aku selalu gak ikut Abah buat latihan..pergi menembak..Masa tu Abah OC kat 8 Woksyop,JLJ..disebabkan Abah OC, memang best khemah dia,siap ada tv walaupun dalam hutan @ tepipantai..khemah Abah besar, ada 4 katil..satu utk Abah, 3 lagi untuk aku,Kak Amy & Boboy yang selalu ikut..



Naik sekolah menengah..tahun 2000, aku sekolah kat SMK Kok Lanas, Kota Bharu..aku selalu kena ejek ngan student2 lain sebab tak pandai cakap loghat Kelantan walaupun aku lahir kat sana..Sebenarnya tak susah, cuma tak biasa..Sampai sekarang pun, kadang2 aku tak faham apa yang Mak & Tok Ayah cakap..aku selalu kata gapo? gapo? gapo? coz kadang2 tak faham.. ;p Masa form 1 best, kat sini laa aku jumpa bestfriend aku Nafissyafiq & Salwati..aku penolong kelas, Nafis lak ketua kelas, haha~ Nasib Sal sama ngan aku, selalu kena ejek sebab tak pandai cakap Kelate..parents dia org sane tapi dia membesar kat KL..Nafissyafiq, ntah macam mana mamat ni boleh rapat ngan ktorang..budak2 lain cakap dia sombong..maklumlah anak cikgu. Ramai yang mcm jeles ngan kitaorang, tahpape ;p
Sejak form 1, kami bertiga ni memang melekat je..ke mana2pun sama2..aku ngan Sal memang satu kepala, lagipun ktorang ni kasar sket.. ;p Kat SMKKL, aku aktif dlm taekwondo & PBSM..seronok bila aku,Sal & Nafis terpilih pergi kursus PBSM peringkat negeri..Dalam kelas orang kata aku ni mulut laser..pastu hobi aku masa tu baling pencil-box kat orang (dlm tu macam2 ada..memang sedap kalaukena!)..pastu aku suka menjerit selain men’flying kick’ orang..
Merasa jugak laa jadi pengawas masa form 2, pakai tudung labuh siot..! syarat2 pengawas kena pakai tudung labuh, rasa macam ustazah pulak! Memang banyak kenangan manis sebenarnya..
Akhir tahun 2001, family aku pindah Shah Alam..Abah bersara dari tentera, bersara awal..Dia dapat kerja ngan Land Rover Malaysia..memang sedih kena tinggalkan Sal & Nafis..Aku masuk sekolah baru lagi..! Kali ni SMK Jln Kebun, Shah Alam pulak..kat sini laa PMR..masa tu aku langsung tak bersemangat, jadi pendiam..erm..tak tau kenapa jadi macam tu, maybe sebab Nafis & Sal takde..tapi form 4, aku dah OK kot..tapi still cam tak bersemangat jer..


Form 5…sekolah baru lagi!! sebenarnya aku happy bila nak pindah Ipoh coz aku dah bosan skolah kat SMKJK..ktorang pindah Ipoh sebab Abah kena jadi Branch Manager Land Rover kat sane..erm..masa mula2 masuk sana,aku OK jer..kawan2 kat sana pun best, sporting..seronok laa kat Ipoh..baru kenal aku pun, dorang buat surprise party..masa birthday aku.. kena jugak baling tepung..! sib baik tepung jer.. ;p Katsini aku rapat ngan Yusnani..walaupun penah ada konflik ala-ala telenovela tuh..tp sejak tu la ktorg rapat..
Ktorang slalu round2 Ipoh naik motor..menjadi rempitan terunggul di kawasan Rapat Setia. best sesangat..Yus selalu ada kalo aku ade masalah ke hapeke..banyak rahsia aku ngan dia nie.. ;p Aku ngan dia kalo sesame mesti kecoh, kalo ktorang main bowling, walaupun 2 orang je, memang bisinglaa..lagipun seronok dengar Yus cakap loghat perak die tu..kitaorang selalu pg Gua Kek Look Tong, yang tak jauh dari rumah kalau tension ke apa. Tempat tu sgt cantik lagi menenangkan~


Pada,6 Disember 2005, pindah Shah Alam balik..tinggalkan pulak kawan2 kat Ipoh..Maybe lepas ni dah tak pindah2 lagi..coz rumah ni Abah dah beli..best la jugak dok Bukit Rimau ni..walaupun takde rimau pun.. ;p Neighbour majoriti chinese..belakang rumah ada Club house so, boleh laa pegi swimming,gym tak pun lepak kat library..abah seronokla dapat main golf dekat ngan rumah..ada 2 golf course dekat2 sini..


Hidup aku ni sebenarnya menarik jugak..walaupun dah pindah sana sini..aku still contact ngan kawan2..nasib baik dorang pun still ingat kat aku..seronok sebenarnya pindah randah ni, dapat ramai kawan..kenal ramai orang..tapi aku ni manusia biasa je, tak ada la aku ingat semua orang yang aku pernah kenal..ada jugak kadang2 orang tiba2 mengaku kawan aku..tapi aku tak ingat langsung kat dorang.. ;p contohnya Asyraf, aku kenal dia masa form 1 dulu laa, slalu training taekwondo sama2..(hak3..kalo ko baca ni Asyraf sorry laa ek!) Masa ko contact aku dulu aku memang tak ingat mana satu ko..Pastu Nafis & Sal story2 laa kat aku baru aku ingat.. ;p dulu ko pendek laa! aku jumpe ko, dah tinggi lampai..! ;p Best ada kawan2 mcm korang..Sorang lagi kawan aku dari skolah rendah, Farid Izwan..dari darjah 5..sampai laa skrang, tak abes2 panggil aku cili giling, tenggiling..! ;p teringat zaman kanak2 dulu..
Skarang bestfriend aku masing2 sambung study..Nafis kat UiTM amik coursearchitecture..Sal pulak baru habis Matrik, dia nak sambung dlm bidang Engineering..harap2 korang berjaya! Aku laa paling teruk, tak kemanapun ;p
apa2 pun..aku harap kita semua kawan sampai bila2..! Amazing people like you guys are never forgotten every now and then..!


P/S: sesape yang baca ni, terima kasih sebab sudi baca kisah aku ni yang penuh suka duka..thanx a lot! =)

Together Forever~

Jumaat lepas, aku dan rakan karibku Cik Salwati aka. Mctea bercadang untuk meronggeng bersama-sama. Beliau baru sahaja tiba di sini dari rumah beliau sebelum beliau pulang semula ke UiTM Pahang. Beliau pun nak menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pihak U-Mobile. Maka, kami telah pergi ke Times Square. Kalau nak tau, Salwati ni pun sorang lagi kawan baik aku. Kenal dengan dia masa aku dok kat Kelantan dulu. Sejak form 1 lagi. Sejak aku pindah masa form 2, tak pernah lost contact. We'll meet whenever we had the chance. Dia jugaklah yang teman aku crash Simple Plan punya press conference lepas form 5 dulu. hehe! Rasanya dialah satu-satunya kawan baik aku yang berjantina perempuan selain Qila.huhu~ Dia jugak bagaikan adik kpd aku n Nafis. Sekarang ni dia amek course Civil Engineering. Love you Mctea~!

Thinking of the future..we'll be together no matter what~
Mctea's driving! Aku telah memaksa beliau utk memandu~
Lepak kejap kat Wak Dol sambil meng'update' kisah masing-masing :)




Tuesday, December 30, 2008

THE LAUGHS~

Today, I decided to lepak with my friends~ sangat rindu kat dorang. Mereka itu adalah Naim, Wan, Iefiz dan Qila. Unfortunately, Qila can't make it :( . Sangat sedih! So, tinggal lah kami berempat saje. Kami semua kaki gosip dan mulut puaka..(ok, walaupun dorang semua ni lelaki, tp mengalahkan perempuan bab-bab gosip!) Gelak-gelak sampai sakit tekak. Bila dah tahap merapu tu, cerita Mona Fendey jadi Monalisa. Nak makan ikan bakar kat Umbut? (Umbai lah Naim~!) Banyaklah bahan bualan..happy happy~ They never failed me :)
Thanks you guys! (come to a conclusion: most of my good buddies are guys..)
Dorang pun selalu anggap aku ni lelaki jugak. :p
Terima kasih kepada Naim yang sentiasa mengingatkan bahawasanya aku adalah perempuan, haha~
OK lah, I had fun. 'Til the next meet~
xoxo.
I'll upload their pictures so dat u guys pun boleh kenal dorang yang gila ini.

Sunday, December 28, 2008

Christmas activities.

Setiap kali Krismas, aku sekeluarga pun sambut gak. Tapi bukan meraikan Krismas sebaliknya meraikan ulangtahun perkahwinan Abah & Umi. Sempena ulangtahun yang ke-24 tahun ni, kitaorang celebrate kat Bagan Seafood, Port Klang. Terletak betul-betul kat sebelah kolam memancing feveret Abah, huhu. Makanan kat situ memang sedap gila..heaven~ Walaupun aku ni eczema, aku telan gak semua makanan sebab nampak sangat sedap (Cayang menjeling...). My favourite, shark fin soup pun ada! wehehe~ jgn lah marah..bukan selalu pun makan benda alah tu..maka, kami makan lah beramai-ramai bersama future menantu-menantu Abah & Umi iaitu Durrani, Nafis & Ain. Tak lupa juga dua sepupu yang disayangi Alia & Hasyif. Thanks to my Cayang, belikan kek blueberry yang sedap tu! (kek sedikit rosak, tak tau kenapa..n orang kat restoran tu spoil kan semuanya..ada ke dia bagi ngan dalam kotak lagi..masa birthday Ayah Ngah dulu ok je, siap pasang lagu, pasangkan lilin lagi!--kakak tolong simpan kek- u suck!) Apa-pun, semua OK..Happy 24th Anniversary to Abah & Umi~ next year, kita buat lagi best. InsyaAllah~

jalan-jalan jap..tunggu makanan sampai~
The whole family..ala, Hasyif out of frame!
On the way back. It's your turn to take the wheel Cayang..
At the back..
Ayai, buat muka apa tu?!
Hasbullah & Hasnah Aizan

Makanan yang banyak, semua licin.

On the way to Port Klang. You can't see me, I'm driving :p

Nafissyafiq & Illi

Wednesday, December 24, 2008

FUN IN THE SUN.

21 DISEMBER 2008
Hari ni kami sekeluarga ikut Abah pergi memancing (aktiviti rutin beliau). Adik aku Boboy, tak dapat join sebab dia pergi kursus hape ntah~. So, bawaklah dua orang sepupu yang datang duduk kat rumah kitaorang. Abah tak lupa ajak bakal-bakal menantunya (Nafis & Durrani). - dorang memang selalu kena paksa ikut pegi mancing, haha.. Best jugak lah sebab dapat luangkan masa dengan family..aku dah lama tak lepak ngan dorang. Durrani adalah champion of the day sebab dapat beberapa ekor ikan (termasuk buntal & sesirat) dan seekor ketam bunga yang boleh tahan jugak lah saiznya. Cayang ku nampak sedikit kuciwa sebab tak dapat apa-apa selain ikan sesirat (rupa dia macam ular - dah lah mamat tu takut ular). Siap kena masuk laut beberapa kali dek tersangkut mata kail...nasib awak lah Cayang~ dah la, tak payah susah-susah..kita beli ikan kat Tesco ok? dah..tak payah merajuk..Durrani mengipas Abah je tu.. (hahahaha!) --
and the Battle of The Menantu begins...
apa lentok-lentok ni? cakap kat mak kite!

gambar cantik. tp sayang out of focus..
hei, kat belakang tu buat apa?

inilah lelaki yang akan mencari rezeki dalam keluarga saya.. :p
pandai-pandailah memancing tu ye..

Yang sangat handsome ni adalah Mejar (B) Hasbullah B. Zakariah
ayah kesayangan ku, dan juga laki kepada Umi ku. Beliau yang mengetuai misi memancing ini.


First catch! (ikan yg boleh dimakan) :p
ikan senangin kot..oleh Durrani.
(bangga ah tu? haha)

Di saat kaum Adam memancing, kaum Hawa pula sedang sibuk menyediakan santapan untuk mereka supaya mereka lebih gigih mencari rezeki buat keluarga.


Sebelum bertolak. Abah bersama anak dan bakal menantu-menantu kesayangan.
Korang ni mengipas tahap berapa ni?

Thursday, December 18, 2008

PICKING UP THE PIECES.

.2008.
cepatlah pergi ya..I thought everything will end up smoothly this year. Clearly I thought wrong. Akhirnya..hati ni terguris juga. Please go 2008...i'm so sorry~. I need to open a new book. Macam mana pun, aku faham yang hidup ni takkan selalu indah. What happened really broke my heart. Mimpi buruk yang paling aku takut dah jadi nyata. Everything has been said and done. Aku dikatakan tak pernah faham dan tak pernah mendengar. Mungkin awal semester ni aku agak sibuk. Tapi dah aku tinggalkan semua tu. Everything has fall apart while I was trying to put things together. Perlu ke buat macam tu? You've broken my trust. Hati ni terguris, terhiris...Apalah sangat aku disisi. Aku faham aku bukan yang terbaik. But I've tried my best. Lately it seems the distance between us is growing too wide. I will try to forget everything. Please help me to do so. Jangan lakukan kesalahan yang sama. I didn't ask much, just for you to stay. I know the fight is fighting to survive. It's not fair what you've said. Can't you see what I've done for you for all this time? I'm sorry of what I've said too. I never mean it. But please... No more of things like that.

head over heels!

1. Put your iTunes on shuffle or any music library list (eg. WMP; Winamp and etc)
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
4. Tag 10 friends who might enjoy doing the meme as well as the person you got the note from.

IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
Does he love you?

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Total eclipse of the heart.

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
F**k, I don't want you back.

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Something that I already know.

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
The things we never did. -

WHAT IS YOUR MOTTO?
If you believe.


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Transformers theme

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Puisi sepi

WHAT IS 2+2?
Downpour

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
I want you to need me

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Like you

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Stay the same

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
I think I'm paranoid

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE
What you got

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Dreaming of you

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
I don't believe you

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
My life be like

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Broken man

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Sandaran hati

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
King of the contradiction

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Endless Sorrow

HOW WILL YOU DIE?
The power of love

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
To love you more


WHAT MAKES YOU LAUGH?
Hanging by a moment

WHAT MAKES YOU CRY?
Breathe your name

WILL YOU EVER GET MARRIED?
Still there for me

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Buses and trains

DOES ANYONE LIKE YOU?
Jericho <-- dats funny.

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Still waiting

WHAT HURTS RIGHT NOW?
Fall in love with you

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Head over heels

I tagged :
Dayang
Shaza
Syima
Amy
Izzati
etc. huhu~

Sunday, December 14, 2008

shout out.

I didn't ask for it to be over
BUT then again...
i NEVER asked for it to begin.
For that's the way it is with life
as some of the most beautiful days
come completely by chance
but even the most BEAUTIFUL days
eventually have their
SUNSETS...

don't know why~

Sejak akhir-akhir ni asyik rasa sedih je. huuu. sangat sedih. Tak tau lah kenapa..
Masalah aku ni pulak, I won't share what I feel inside.. sebab dah terbiasa macam tu. Kalau cerita kat orang macam menyusahkan orang lain pulak. Sampai satu tahap, rasa tak selesa sangat badan ni. Rasa nk keluar dari badan sendiri. Life doesn't always go my way, I know. But don't I deserve a lil' bit of happiness? Huhu..aku ni nampak je happy2~ tapi dalam hati, biar lah aku je yang tau..Aku memang agak sensitif, lebih2 lagi dengan orang yang rapat ngan aku. hakhak, tah pape je kan. Kalau family cakap tinggi suara ngan aku, terasa sangat..sedih. Walaupun aku ni nampak je ganas (ramai cakap camtu), tapi hati aku ni halus (bak kata Umi ku..) Haiihh~ there's so much going on. Hope it'll be over soon. I really miss Ann! Masa praktikal dulu, Ann lah tempat aku bercerita~ sampai tertido-tido lah kalau cerita pasal hidup ni ngan Ann. Sekarang dia kat Towson, US blaja filem jugak. Cepat balik ye Ann! Membesar ni tak best langsung kan? Macam-macam masalah datang melanda. Terpulang pada kita mcm mana nak selesaikan. Mungkin aku perlukan pertolongan, but does anyone hear my silent call? Bodoh jugak aku ni, nak orang faham aku tapi aku dok senyap sorang-sorang. Sebab aku dah biasa macam ni, aku dh terbiasa sorang. Walaupun aku ramai kawan-kawan yang gila menggila. Tapi, I'll still keep it to myself. Anyways, I love my friends :) In this life, aku dah rasa semua sakit pun, ni banyak lagi nk datang. Pernah sampai satu tahap, aku tak tau apa lagi nak rasa..sedih? gembira? nk menjerit? nk muntah?..i don't feel anything. Tak nak lah jadi manusia yang tak de perasaan...Tak nak fikir apa-apa sekarang. Just wanna be happy~ thanks to Nafissyafiq for always be there for me. Sorry kalau selalu buat Cyg risau dengan perangai ni. I'm so afraid of losing you.. Banyak sangat dah aku mengarut ni, heh. Aku rase aku ni cam Davy Jones je. huhu~ tak tau ke mana hati aku dah tercampak.
to myself :
Don't curse the darkness, light a candle.

tagged!

by Dayang n Syima!

1) Do you think you are hot?
nope. huhu my negativity :p

2) Upload your favourite picture of you!


3) Why do you like that picture?
haha. not my fave actually. En. Syafiq's fave. taktau knp dia suka. cm Cruella de Vil je!
heh. Btw, dat was in Xi'an, China.
Aidilfitri 2007..
4) When was the last time you ate pizza?
can't remember. cm dh lame je~
5) The last song you listened to?
seventeen forever by Metro Station.
6) What are you doing right now beside this?
nothing..pikir ape nk buat bile bangun nnt~
7) What name would you prefer besides yours?
my name suits me well :)
8) People to tag:
1. Izzati
2. Saiful
3. Christina
4. Nazai
5. Shaza
Who is number one?
Kawan. kenal masa driving test kat Ipoh few years back! :)
Number 3 is having a relationship with?
happily married to Afdlin Shauki :D
Say something about number 5
seems quite. suka baca ur blog! great taste in fashion :)
How about number 4?
budak yang aku kenal dari darjah 5. poyo gile. hahaha~
Who is number 2?
my classmate.

Friday, December 12, 2008

what happened : aidil adha 2008

KAT UMAH CAYANG KU..


6 DEC 08. ON THE WAY TO KELANTAN


Raya Haji lepas, okaylah..biase je. Tak pegi tengok upacara sembelih lembu pun, sebab cuaca hujan je..malas lah pulak. Tak sempat jumpa kawan-kawan kat sana. Jumpa Mctea & Lina je (ni wajib!). Tak sempat jumpa Farid (to celebrate our 10 years of friendship) :( . Lepas lepak kat umah Mctea, Cayang bawak jalan-jalan kat Kota Bharu. Ramai oranglah, tension~ . Family aku pun pegi beraya sekali kat umah Cayang..hak2, 1st time family aku jumpa family dia..sangat kelakar. Bahaya lah mak kitaorang kalau berjumpa! habis semua rahsia peribadi dorang cerita! hmmphh! Mak Cayang pernah mengajar kitaorang masa form 1 & 2 dulu..sebelum aku pindah KL balik. Tak tau la apa lagi dorang borakkan. Aku & Cayang dok lepak kat luar je. Sebelum balik Shah Alam, family Cayang pulak datang umah nenek/atuk aku...Hmmm..


chiao~

Wednesday, December 10, 2008

tagged~

by Shaza tis time :)
Put your MP3 player on shuffle, and write down the first line of the first twenty songs. Post the poem that results. The first line of the twenty-first is the title.

Song title : what if i never knew

desperate for changing
jangan pergi
i've tried to kill my pain
and i give up forever to touch you

been running so long
there you go
you don't remember me
i am a little bit of loneliness

if i had to
when you're weary
i've been walking around
saat aku tertawan

i never take part in the growth population
i'm missing you
you and i cannot hide
first night that we met

i don't mind it
they can say anything they want to say
well, i wonder
you never know what you've done for me

Saturday, December 6, 2008

bye bye~

hari ni balik kampung..yeay
skrg tgh mengejutkan semua orang, including Cayang~
bangun ler..tak mahu balik ke...?
excited nk balik kampung sebab lama dah tak balik, since June..
memang kebiasaan Raya Haji balik kampung Umi kat Kelantan..
so, mmg meriah ler..
tahun ni sangat bermakna sebab balik sekali dengan Nafis~ weeehehe
tahun lepas, he waited for me there..
malam tadi Cikgu Siti, emak beliau call aku..huhu
dia ucap terima kasih sebab tumpangkan & tolong jaga anak lelaki dia ni.. :D


ouh, btw..semalam aku pegi tgk Twilight, sorang-sorang kat OU
sementara tunggu latihan mak yong.
cite tu sangat best :) happy happy~
and i kept talking about Twilight, aku rasa sampai Cayang dah malas nak dengar carutan aku..
huhu
nnt kite pegi tengok lagi! lepas raya ni..weee!


anyways, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada kaum muslimin dan muslimat..
marilah kita memotong lembu~


p/s : tahun ni aku bawak balik baju kurung! wahaha~ tibe-tibe. selalu pakai seluar je...

Thursday, December 4, 2008

tagged!

by maSyimaRo this time :)
(daniel slalu suruh kirim salam! hee~ meh la ikut tgk show kt ASK)

a) 7 facts bout me
1. sangat suka simpan rahsia n pendamkan saja di dalam hati :p
2. suka berjalan-jalan tengok gelagat manusia
3. sensitif (mood yang sukar utk dikawal)
4. suka senyum
5. independent
6. pendiam..kot.
7. i appreciate things/people around me.


b) 7 things that scared me the most
1. losing my family + my love.
2. sesat dlm hutan sorang-sorang
3. dosa tak diampunkan.
4.
5.
6.
7.

c) Top 7 songs
1. if i were a boy - beyonce
2. whisper - evanescence
3. S.O.S - good charlotte
4. can't take that away - mariah carey
5. could it be any harder - the calling
6. love is all around - wet wet wet
7. suppose - secondhand serenade

d) 7 words that always comes out from your mouth
1. huh?
2. hmm --is dat a word? :p
3. tu la pasal..
4. tak tau
5. gile!
6. ek?
7. tak kisah..

e) 7 things that're precious
1. all the people around me
2. my cameras
3. my phone
4. memories.
5. our cats (Odie , Cassie & Daisy)
6.
7.

f) 7 first times
1. makan sushi (darjah 1 kot)
2. jumpa abg Afdlin (excited + takut) - Jun lepas.
3. went out of the country (last year..huhu. to Beijing + Xi'an)
4. join outside production (2006- Antoo Fighter, camera assist)
5. drive kereta (form 3)
6. bawak motor (darjah 5) :D
7. bawak motor yang ada clutch! ;p last year.

g)7 LUCKY people that i tagged
1. dayang
2. shaza
3. epa
4. epul
5. sleazy
6. amy
7. nazai

yang kosong-kosong tu tak tau nak isi ape lagi :p

i'm sorry..




here's an apology from me..
sorry for all that i am..
So much has happened in these past few weeks, all the arguments and everything seems as if it's happening because time runs by us and we don't have much time with each other due to work & hectic days. I just wanted to tell you that no matter what has happened, I still love you with my entire heart, and I know that these misunderstandings don't mean anything more than just arguing at that very moment. With all this, you seem to think I don't love you anymore and I know I haven't been showing it to you either. However, from this day on, I'm going to try harder to become a better person, and not be so adamant about everything, because last night I realized that you are the most important person in my life and that if I continue like this, I may just lose the love we share. Anyways, I'll end now, with much love, trust and with confidence to become a better person from now onwards. I love you Cayang.
You and I shall never part,
Me.

Tuesday, December 2, 2008

yeay?


tadi dah exam teori mak yong..yeay~!
dah tak de paper lagi pasni..yeay~!--(kami study 20 minit utk silibus satu semester--tu pun sambil makan!)
nk cuti...! boleh tak?




  • audio belum buat mixing (going to B'sync Studio tomorrow)
  • report Jimbo belum anta
  • Mr. Richard still buat kelas untuk Jimbo (dh exam week lah!- walaupun paper kami satu saje)
  • bila nampak Mr. Richard apa kita kena buat? ---LARI KAWAN-KAWAN!
  • ada final preview untuk Cinematography khamis ni -- betul-betul final kan?? no more taking pictures, developing shots, exposure meter.....~~
  • ouh no~~ exam praktikal Mak Yong! kena menari mengadap rebab, barat anjung, sendayung pak yong +menyanyi + lakonan! group saye pada 11 disember nnt~ adoi....
can't wait for all this to be over..i'm done with all the craziness this semester~
nak lepak bersama Qila ku sayang..kesian dia td, aku nampak (kat side mirror) dia dok kejar aku
'ko nak pegi mane?! jom lah lepak..'

hmm...feel bad. dah lama tak lepak ngan Qila :(
don't know what's wrong with me nowadays

Qi, nnt kita camping kat PD! --i promise! :)



Wednesday, November 26, 2008

memori buah kelapa





tadi aku sangat bosan.
aku pun bukak lah youtube.
tiba-tiba rasa nak tengok video iklan petronas.
keluarlah iklan merdeka petronas 2008~
teringat pulak memori masa aku pergi shooting iklan tu kat Melaka Julai lepas..
pergi sana pun sebab Abg Afdlin ajak, so pergilah aku b'sama kawan-kawan lain yang tengah buat practical training dengan VisionWorks masa tu..
pagi-pagi lagi aku drive pergi Merlimau, mengada nak pergi balik hari, padahal hotel dh disediakan utk kitaorang~
masa tengah shoot scene kanak-kanak tgh beratur nak race kereta mainan tu,
aku ngan kawan-kawan lain duduklah bawah sebatang pokok kelapa~
sebab tak de tempat lain lagi, takut termasuk dalam frame pulak nanti..
maka, kami dengan niat untuk berteduh duduklah kat situ dengan senang hati..
tiba-tiba aku rasa pening~
masa tu, aku nampak kabur-kabur orang tengah lari-lari (tak tau kenapa..)


dengan selamba aku tanya Malinie :


aku : kenapa ni? gempa bumi ke?
Linie : Illi, tak..kelapa jatuh atas kepala kau!


aku yang tengah bengong-bengong masa tu, tak tau nak buat ape..berpusing gak lah jugak kepala masa tuh..ada sorang mamat ni n Linie papah aku pergi kat beranda rumah location shooting tu..aku pun baring lah~ Kak Ros (bos MHz Film) tekap kepala aku dengan ais, sejuk gila! beku otakku.
pastu, aku pegi klinik...doktor x-ray, tak de apa-apa..tp aku asyik muntah~
so, doktor suruh aku admit hospital utk observation. Memang tidak lah aku nak admit kat hospital Melaka. aku nak balik jugak. Nasib baik Syaza ada untuk drive kereta aku..


thanks to Syaza, Wani, Halim n Linie! :)
thanks to Naim jugak yang datang rumah aku amek mereka-mereka ini.
Pastu, parents aku bawak pegi SJMC..maka, di situ lah aku ditinggalkan semalaman.
akhirnya tercapai impian aku nak admit kat hospital (1st time!) - ye lah, aku lahir pun kat rumah atuk n nenek aku.hahaha~
thanx kepada kawan-kawan yang datang melawat
tp, aku kena marah dengan Cayang :( sebab tak pilih pokok lain untuk berteduh~
apa2 pun , pengalaman yang kelakar~
malu bila nurse n doktor kenapa...aku dengan selamba jawab "kena hempap buah kelapa..."
aku dapat note book dari abg Afdlin beberapa hari sebelum habis praktikal..he draw himself holding a coconut! hehehe, thanks abg Afdlin :)
sesape nk tengok iklan tu --> click here


tertekan.

sekarang ni, kalau buka je page sape2 (facebook, friendster, etc.)
mesti kawan-kawan aku upload gambar konvo dorang~
agak tertekan jugak lah bila tengok. Anway aku happy utk dorang.

Tertekan sebab :
- aku blum abes blaja (blum ada tanda2 akan habis)
- mcm agak menyesal berenti dari Kolej Tunku Abd Rahman dulu :p (padan muka. nak sangat
blaja filem kan)
- course yang aku amek ni gila dan menggila~ (skrg tgh pre-pro our feature film - Jimbo)
- i'm a lil bit off track :( <-- mcm dh malas nk amek tau psl ASWARA n all..hm~

kalau nk diikutkan dalam ramai-ramai kawan aku, aku lah paling tak berjaya sekali~
huhu...whatever lah kan.
apa-apa pun, aku yang pilih jalan ni. Aku suka n enjoy , tapi sejak masuk tahun ke-3 ni..
macam dh tentu arah. Idea berlambak, bila dh mengadap laptop nk tulis..habuk pun tak de.
Otak jem. Rasa tak selesa sekali di dalam badan. Adrenalin yang mengalir pun terasa macam tersumbat. Nak je tidur sepanjang hari, tak payah fikir apa-apa~
Haihh Illi, kata tak nak komplain apa-apa..tu apa yang kau merepek kat atas tu?
hahaha..biasalah, Illi memang macam tu..
(-_-)

FAR FROM PERFECT.

no one knows how one can feel
no one knows how one can deal
I tried to know, I tried to take
to stop all the hearts to break
but I didn't know the way to feel
I didn't know the way to deal
I did my best but it didn't do
and somehow still, i did it too.

but I wish I chose a different way
for I didn't give a descent chance
just struck you down with a single glance

I should have asked you for aid
before sticking with you with such a grade
I meant it then in all my stress
but fear made me someone less

not wise and kind, but dumb and blind
wishing I never said that single line
but did you hear the other words?
which meet all my true accord

compliments I cannot say
just to maintain your wanted way

in the end I hurt to see
that these words must stay to be
I've always tried to be a healer
never wanted to be the dealer

to make someone hurt, I hate it so
I should but I just can't let it go
and in the end you need to know
that perfect I shall never be
and hopefully now you shall see
that I'm no hero, I'm just this..

...a seeker of forgiveness.


Tuesday, November 25, 2008

today. yesterday.


today, i stay at home all day long..
but i'm going out to see my dear Cayang n have dinner together~
semalam, anta Cayang pegi office..cm anta anak pegi tadika ;p hehe
for the 1st day je lah!
he seems happy there..i'm glad~
gud luck with ur practical Cayang..

tak mo sesat-sesat jalan..
LOVE YOU MUCH.

Tagged

i've been tagged by Dayang! :)

1. What is your name?
Nur Illi Husna Hasbullah

2. How old are you?
21

3. What are the 3 electronics you can't live without?
handphone, laptop n peti ais haha

4. Are you amazing?
tak kot. biase2 saje~

5. What is the brand of the phone you are using?
nokia / sony ericsson

6. What color is your phone?
nokia = cream/gold
se = orange

7. Have you slept in school before?
yup, during production n post.

8. How long are you online in a day?
all day if i can.

9. How would you describe yourself?
spontaneous, lazy, loving <--merepek je? ;p

10. What's your favourite topic to talk about?
life, music, movies, cars, bikes..banyak lah~

11. Which teacher do you like?
in ask, i like Mr. Teoh (cinematography) he doesn't teach us anymore :(

12. Who do you think is the most handsomest in your class?
sape ek..sume ok kot, taknak pilih ;p

13. Who are you currently aiming on?
perfect holiday

14. Do you know a lot of your siblings' secret?
hmm, not really

15. How do you rate your siblings?
they're crazy but i love them 8/10 :p

16. Are your siblings gorgeous?
of course they do

17. Do you judge people?
i choose not to

18. Do you run?
it's been quite some time.

19. Are you lazy to tag people?
i love tagging people, haha

20. Who was the last person you spoke on the phone?
my brother.

21. What is 2 + 2?
4

22. Who is your idol?
i dont have one :p

23. Are you a monster?
maybe

24. Do you play with Barbie dolls?
when i was a little girl, but all my barbies are gone when my two little sisters were born, they ate it!!

25. What was the last movie you watched?
quantum of solace for the 2nd time..tu pun temankan my auntie

26. What do you think of your English?
average

27. What do you think about your Bahasa Malaysia?
okay lah

28. Who do you hate?
no one.

29. Do you love yourself?
yup

30. Blurt out 5 random words
eat, sleep, gile, huh?, okay!

i tagged everyone in the list, except for those who already did tis.

Wednesday, November 19, 2008

Press Preview - LOS dan FAUN

here's some of the pics~
Dayang and I had lot of fun~! hehe

part of the casts
Vision Works Team :D


Smile!! with Stephen Rahman Hughes - he's nice and ensem gila!


my favourite girls! Mia Sara and Anais

our beloved boss, and Director of Los dan Faun, Afdlin Shauki.

Tuesday, November 18, 2008

days in my life.

haluu~what happened last week

STORY 1
Khamis - aku n Fer berjaya siapkan recording utk Film Scoring, after cinematography class.
Thanks a bunch to John, our composer and his band mates, u guys are great!
we took only 4 hours to record the whole thing (keyboard, drum, guitar, bass, and percussion)!
dengan keadaan studio yang busuk, berkulat (akibat bencana alam yang tak dapat dielakkan ; ASWARA tak reti-reti nak baiki balik ke?)- after record, akan buat mixing 5.1 , insyaAllah~
dlm kul 1 AM lebih aku sampai umah..

STORY 2
Friday - Audio class is cancelled! sangat happy :p
so, dapat lah aku pegi press preview filem terbaru Abg Afdlin 'Los dan Faun' kat Cineleisure.
tak tau nk ajak sape ; Cayang ade exam lak dat evening. so, I asked Dayang to come with me!
masa mula-mula sampai sane, kiteorang sangat lah lapar. So, pegi beli McD..bila naik atas, rupa-rupanya ada makanan! huhhh~ sedap btul..peram dulu McD tuh.
I'm so excited and happy to see everyone again! (Abg Afdlin, Christina, Kak Shasha, Abg Jeff and others!) - owh, terlupa..Mia Sara and Anais!! abg Afdlin & Christina's princesses! missed them so much!
and we watched the whole movie - the final one!
i'm in the film too! hahaha~ cari lah sendiri dimana diriku..kuang kuang kuang~
it was hilarious! you guys should watch this movie. Open nationwide on 4th December 2008.
and ouh, we (me, Ann, Linie, Syaza, Wany, Halim) did The Making Of Los dan Faun :) (masa praktikal kat VisionWorks)
catch it Astro RIA!
lepas balik dari Cineleisure, aku n Dayang pulang semula ke Shah Alam. untuk mengambil laki-laki yang telah ditinggalkan, hehe - Nafis and Sleazy.
Pastu, pegi ASK tengok teater klasik, McBeth (bosan gila. :p)
STORY 3
Saturday - Hari ni kakak aku, Kak Amy bertandang ke rumah boyfriend dia, kat Kajang.
Dia bawak Nana & Tasha sekali. So, tinggal aku, Umi, Abah & Ayai je kat rumah.
Tiba-tiba abah ajak pegi Sunway Pyramid coz dia dh booked tiket Quantum Of Solace.
so, layan kan saje...neway, aku tak pernah tengok mana-mana cerita James Bond pun, hakhak.
makan sushi, yummy yummy..pastu balik ~
Cayang datang siapkan kerja :) tolong sket-sket...
STORY 4
Sunday - i dun really remember ape jadi hari ni. huhu
dok umah je kot..Cayang siapkan kerja dia..aku rase nak demam,selsema teruk.. pastu tertido.
kesian cyg buat keje sorang-sorang..
STORY 5
Monday - ari ni aku n cyg amek Sal kat KTM Shah Alam, tak dapat lepak lama pun ngan dia. Dia kena temankan mak cik dia. Hmm~ malam tu pegi Istana Budaya tengok Impak Maksima musical ( sorry to say, ntah apa-apa...teknikal gempak gile! cite hampeh.)- thanx to Dina Nadzir who saved the day..klaka gile part Dina :) siap naik motor ngan Mat TZM, lakonan Zulhuzaimy pun not bad lah - tapi, overall still ; HAMPEH!
Sib baik masuk free, hahaha

Wednesday, November 12, 2008

12 november

hari ni bosan je sebenarnye..
pg kelas makyong..aku smpai lambat sbb jem..
masuk studio dh menari barat anjung..terlepas tari mengadap rebab..
group aku exam praktikal makyong 11/12..
ari ni bosan....
xde cite best.
balik td jem gila..
sejam lebih terperuk dlm kereta..

BOSAN. bosan. BOSAN.

Saturday, October 25, 2008

New Start

hey, at last..my own blog..
maybe aku akan share apa yang berlaku dlm kehidupan aku ni
walaupun tak ada apa2 yang special pun. i live pretty normal life.
skrg aku masih belajar lagi..tak tau la bila habis, takkan abes kot~
huhu
jap. taktau nk taip ape lagi ni.
otak kurang b'fungsi saat ini..

chiao for now :)