Wednesday, February 25, 2009

note to myself

dear self,
don't let the sadness of your past
and the fear of your future ruin
the happiness of your present~

Friday, February 20, 2009

pictures will tell..

TAGGED BY MISS NINIE :) (tulis dlm your favourite colour) hehe

p/s: Aku agak penat akhir-akhir ni, shooting..shooting..shooting~~
Nnt aku update lagi blog ni okeh.
Ok, sementara ada masa ni. Aku buat benda alah ni :
Rules : Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choosea picture in the first page of the results, and post it as your answer.



1. I am
just a person who's living a life



2. I really want to go to

Angel Falls in Brazil~

3. My favourite place
Buat masa sekarang, IKANO/IKEA adalah pilihan utama.





4. My favourite thing
Kamera! Aku sangat suka capture apa saja memori~ So, kamera adalah boyfriend kedua aku





5. My favourite drink

Orang Malaysia memang suka Teh 0 Ais


6. My favourite food

Aku makan apa saja. Tapi aku ketagihan gula-gula. Inilah dadah aku. Yang kat atas ni sedap!




7. My favourite colour

Aku suka kaler-kaler earth tone. Tetapi hitam tetap pilihan utama



8. I was born in

Kelantan Darul Naim. Kampung halaman ibuku~ Mintak maaf tak reti cakap kelate.




9. I live in

Bukit Rimau, Shah Alam



10. My school

currently : National Arts Academy. Gambar kat atas ni aku amek, ntah sape curi ni~



11. My favourite story

Best! Saya mengimpikan lelaki seperti Mark Ruffalo dalam cerita ni :)



12. My hobby

Ada banyak hobi...salah satu suka baca poems/quotes

13. I wish I am Seorang yang berguna. Bukan untuk dipergunakan.




SEKIAN, trimas. Untuk keterangan lanjut jangan malu-malu bertanya.

Anda kena tag : Hazarudin, Epul, Izzati dan sape-sape lagi~

Thursday, February 19, 2009

walau habis terang.

Ku terbiasa tersenyum tenang
Walau hatiku menangis

Kaulah cerita
Tertulis dengan pasti
Selamanya dalam pikiranku

Peluk tubuhku untuk sejenak
Dan biarkan kita memudar dengan pasti
Biarkan semua seperti seharusnya
Takkan pernah menjadi milikku

Lupakan semua
Tinggalkan ini
Ku kan tenang
Dan kau kan pergi

Berjalanlah walau habis terang
Ambil cahaya cinta kuterangi jalanmu

Diantara beribu lainnya
Kau tetap benderang

Sunday, February 15, 2009

Lagu best~~

Lirik menyentuh perasaan..

aku suka sangat lirik lagu ni
menarik dan bermakna..
memang takde orang yang PERFECT pun~
so, give and take..sentiasa positif..
aku pun masih mencuba, walaupun susah pada hakikatnya~~
kita semua manusia biasa....

Saturday, February 14, 2009

SEDIH.

Tadi...?
Semalam lah kiranya..1st day shooting 'DESTINASI'. Qila & Tash punya PeTA. Aku sangat kecewa dengan diri sendiri...
Sebab-sebabnya adalah :
  • Tido pukul 4 pagi sedangkan wake up call pukul 6 pagi. Tapi aku bangun jugak pukul 6 tu sebab crew call pukul 7 kat ASK. Tapi barang-barang art department sepah sana-sini.
  • Pukul 7 pagi baru aku gerak dari rumah sedangkan sepatutnya dah kena ada kat ASK, sebab mencari briefcase Abah untuk dijadikan prop. Last-last tak de jugak briefcase tu. :( terpaksalah aku suruh si Linda tanya semua lecturer yang ada kat ASK kalau-kalau dorang ada..tp hampeh, zaman sekarang mana ada orang pakai lagi...beg laptop sudehhh~
  • Aku terlupa keadaan jalanraya mahupun lebuhraya di saat pagi hari..sebab kelas aku semua waktu ganjil. Maka aku telah stuck dalam jalan yang sangat jammed. Selalunya aku lalu NKVE pastu masuk kat Damansara. Jalan tu memang macam )%#!!^$ la kan..Lupa lupa lupa~~~ aku terpaksa patah balik masuk NPE. Pukul 7 dari Bukit Rimau..pukul 9.30 pagi baru aku sampai location (dekat-dekat ASK je)-- Rasa bersalah sangat sebab sangat lambat!! I hate being late~! Ok, ayat pun terabur~~ ya, saya bersalah.
  • Aku kena cari briefcase jugak! Nasib baik MYDIN dekat Pudu tu bukak awal. Aku pun merempitlah menggunakan skuter Linie (thanks a lot Linie~!) pastu cari kedai nak suruh alter sikit nombor plate kereta, tu pun prop jugak.
  • Kena merempit lagi~~ beli setanggi untuk menghasilkan asap..berjaya~
  • Lepas tu, aku terpaksa ke PJ untuk beli dry ice kat MOX..Aku sangat sedih dengan diri aku..padahal bukan 1st time pegi MOX tu..entah macam mana aku tak ingat jalan..berpusing-pusing dalam PJ tu..(rasa nak nanges~~ tu la, ada handphone tak pernah guna utk call..mcm ni la jadinya) Nasib baik Abah call, aku pun tanyalah..trimas kepada Abahku! (owh...handphone boleh digunakan untuk bercakap eh?) (-_-)!- ketuk kepala aku sikit...
  • Aku pun terus pegi Bukit Bintang (location seterusnya, kat studio sape entah~)
  • Pukul 8.oo pm macam tu...kedengaran ayat yang dinanti-nantikan~~ "It's a wrap!" -yeay.

Yeah...I did a very lousy job as an art director this time.. :( Aku mintak maaf kat Qila & Tash..sorry2~~ atas kesulitan yang ditimbulkan oleh aku, walaupun dorang cakap takpe..takpe..Tapi aku tetap rasa bersalah! Sambung shoot hari Rabu kat stesen monorail~~

-out-

Wednesday, February 11, 2009

..kosong~

dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa...

Jumaat ni start shooting, lagi!
Next week pun ada lagi...

Weekend bukan lagi masa untuk bersuka ria~~

I have to spend more time in KL, not Shah Alam.
SEDIH!

But yup, itu yang sepatutnya...apa nak buat~~~
Diriku hilang dalam ramai, bantuan diperlukan..

note to myself:
cherish the memories..
ignore the pain...


Nafis, tak lama lagi ulang tahun pertama kita..Sekejap je masa berlalu~~

Tuhan, kirimkanlah aku..kekasih yang baik hati~

Yang mencintai aku, apa adanya...
That's you.

Thursday, February 5, 2009

FIRST and LAST

Tagged by Ninie and Dayang~~
:)

EVERYONE HAS THEIR FIRSTS:

FIRST REAL BEST FRIEND:
ramai lah, haha~ Nafissyafiq & Salwati dari tahun 2000 (still going strong~~)

FIRST SCHOOL :
Tadika Kemas kat Kem Lapangan Terbang, Sg. Petani Kedah.

FIRST CELL PHONE :
Nokia apa ntah, warna kuning, besar gila..pakai dari form 1

FIRST FUNERAL :
arwah nenek belah Abah, tak ingat tahun berapa..tp masa tu kitaorang balik ke KL dari Sg. Petani

FIRST PET :
banyak sgt membela binatang~ tp sendiri punya hamster la kot

FIRST BIG TRIP :
big trip..byk jugak..tak ingat...

FIRST FIGHT :
saya memang kaki gaduh, haha..masa kecik-kecik lah. girl fight masa kt SK Jalan Air Panas, KL. Sampai terkoyak kain sekolah :p

FIRST LOVE :
susah sket nak bercinta ni. 1st betul-betul bercinta masa umur 20 tahun. 1st love adalah satu pembaziran :p

FIRST TIME OUT OF THE COUNTRY? :
tahun 2007, pergi Beijing & Xi'an, China..nak pegi lagi!

FIRST JOB :
buat buku, keje 4 hari je.. dapat RM500

FIRST FRIENDSTER FRIEND :
Marhaini kot~



EVERYONE HAS THEIR LASTS :

LAST PERSON YOU HUGGED :
my sisters, Nana & Tasha~

LAST CAR RIDE :
last night, dinner ngan Cayang pastu teman dia pegi studio

LAST TIME YOU CRIED? :
Jumaat lepas :p

LAST MOVIE YOU WATCHED :
Inkheart, hari Selasa lepas

LAST FOOD YOU ATE :
gula-gula telur dinosour

LAST ITEM BOUGHT :
movie tickets, tu item ke? :p

LAST SHIRT WORN :
tshirt murahan, chic avenue

LAST PHONE CALL :
Tash Tajudin~

LAST TEXT MESSAGE :
Cayang, dia ckp psl tragedi yang menimpa Munif..kesian mereka menerima nasib yang sama

LAST THING YOU TOUCHED :
handphone

LAST FUNERAL :
Tok Long's, after raya.

LAST TIME AT THE MALL :
hari Selasa, pegi The Curve pastu pegi OU.

LAST TIME YOU WERE EXCITED FOR SOMETHING :
Isnin lepas, birthday celebration untuk Naim, Wan , Qila & Iefiz!

LAST PERSON YOU SAW :
Boboy, my brother tgh tengok tv

LAST THING YOU DRANK :
air mineral di dalam botol air kesayangan

LAST TIME YOU WERE REALLY HONESTLY HAPPY :
Hmmm~~ I'm always happy :)

Wednesday, February 4, 2009

5th DAY
30 Januari 2009
Saya dan Nafis bertolak pulang ke Shah Alam~~


Monyet, anak kesayangan Nafis~
Kelihatan gembira dalam perjalanan pulang.


The driver.


Jauh perjalanan, luas pemandangan~


Di kala ini Monyet sudah terbaring, dia cakap dia pening~
Handphone saya jatuh dalam jamban, sedih!
L'amour Twilight saya dah rosak~~ (-_-)


Singgah kat air terjun mana entah, lepas Gua Musang~


Mandi2~~ air yang menyegarkan!


Selepas menyegarkan badan~


Monyet mula menunjukkan perangai sebenar, dia berguling-guling sebab dah bosan
dok dalam kereta. Bila nak sampai ni~~
Saya dan Nafis telah selamat sampai pada pukul 9.00 mlm~

Tuesday, February 3, 2009

KB & Jeram Linang

3rd DAY
Nafis dan Adib telah mengambil saya di rumah Tok Ayah. Lepas tu pegi amek Amni balik dari sekolah dan berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Malangnya Alin tak join sebab dia dah balik kem PLKN kat Taiping~

On the back from KB~ di belakang itu adalah adik-adik kepada Nafis

4th DAY
Sebelum pulang semula ke kota, saya bercadang untuk menghabiskan masa bersama-sama kawan lama. Maka, kami telah pergi bersuka ria di Jeram Linang. Sejuk gila weh~! Seharian kami bersama hari ni. Dari pagi sampai petang kat Jeram Linang. Nafis telah memarahi saya sebab drive kereta lain, wuu sedih. Dia tak mahu bercakap dengan saya sepanjang kat sana :(
Sebelah petang pula kami bertandang ke rumah Cikgu Siti, cikgu kesayangan kami (rumah Nafis lah :p) Macam-macam cerita dibualkan. Kelakar sangat bila Cikgu Siti keluarkan album lama yang ada muka kitaorang masa zaman kegemilangan dulu! Hahaha~ Walaupun sempat sekolah 2 tahun je kat SMK Kok Lanas, banyak sangat kenangan kat sana..
Nafis, awak tak hensem masa sekolah dulu. Saya tak terpikat langsung.
Tapi sekarang awak dah membesar dengan hensemnya, dah. Tak boleh puji lebih-lebih.
Kadang-kadang saya hanya mampu tersenyum dan bengong sebentar, tak paham apa dorang cakap! Laju sgt, nasib baik ada Lina tolong translate kan!
Sebelah malamnya pulak, saya ke rumah Aizat Afiq (kawan sekolah rendah). Sedapnya kuih yang mak dia buat, nyum2~! Kawan-kawan saya membesar dengan jayanya. Saya je agak sedih, heh~~

SMK Kok Lanas. Kat sini lah saya jumpa kawan baik saya, Nafissyafiq.
Sekarang dah tukar status, heh~~
Jgn tanya mcm mana boleh jadi mcm tu, saya pun tak tahu :p
Setelah selesai bergembira~~
Dari kiri Yo, Mat Nor, Farid, Nafis+Adib, Illi , Lina.


Ini kawan baik saya, dah sembilan tahun~


Saya bersama Naquib Adib, yang memberi nama baru kepada saya
iaitu Mek Jimah. (orang gila di kawasan rumah mereka)


Nyummy~~ upacara memasak dan pemerhatian oleh kaum Adam.


Nafissyafiq dan Naquib Adib. Pertalian mereka adalah adik beradik
bukan bapa dan anak, jangan salah sangka.


Ini adalah Amalina, bakal guru Biologi.
Nama saintifik : Lina Lekuk.


Ini adalah Pn. Siti Khadijah Yaakob . Guru yang mengajar kami dengan jayanya.
Juga adalah ibu kandung kepada Nafissyafiq Najib.


Kaum Adam bersama En. Najib, guru besar SK Dewan Beta.
Peace peace~~


Classmates semasa darjah 5 dan 6, UPSR sama-sama lah~
geng-geng pengawas okeh, haha!
Dari kiri : Farid Izwan, Illi Hzbull, Adam Saifullah, Aizat Afiq, Ira Syazwani, Wan Nur Hidayah.

Senyum~~!!
SEMOGA PERSAHABATAN SAYA DENGAN MEREKA INI KEKAL BUAT SELAMANYA~~

Monday, February 2, 2009

Semester break.

Cuti semester selama seminggu, aku buat keputusan untuk teman Nafis balik kampung kat Kelantan. Kitaorang bertolak pagi Isnin~ Dengan harapan percutian kali ni dapat menenangkan fikiran & memperbaiki hubungan kitaorang..yang hampir terlerai~~ Nasib baik aku masih lagi dapat berfikir dengan waras..I won't leave Nafis that I've known for 10 years now.


Isnin 26/1/2009
Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi, just two of us..
Sampai rumah Mak (my grandmom) dalam pukul 5 petang, aku stay kat situ.
apalah gunanya ada family kat sana (belah Umi)..so I decided to stay and spend some time with them..lagipun aku selalu tertinggal kalau balik kampung, disebabkan terlalu sibuk dengan kerja. :
Rumah Mak & Tok Ayah kat Machang, taklah jauh sangat dari Ketereh, rumah Nafis tu.


Selasa 27/1/2009
Bangun pagi-pagi hari ni, Cik Yah..mak cik aku yang kebetulan balik jugak, suruh aku pegi beli makanan untuk breakfast. Disebabkan dah pukul 9 pagi, makanan semua dah habis. So, aku pun apa lagi, pegi Kok Lanas untuk cari makanan. KOK LANAS-- aku pernah duduk sini dari darjah 5 sampai form 2. Aku dok kat Kem Desa Pahlawan. Banyak kenangan kat situ. Masa kat pasar tu, terserempak dengan cikgu sekolah SMK Kok Lanas, Cikgu Shamsudin, ayah si Hafiz. Dia pandang aku, tp aku tak tegur pun, heh~ dia maybe tak ingat aku kot. Bestnya Kelantan..makanan murah~~ Hari ni dok rumah je. Tak jumpa Nafis pun. Petang tu aku, Cik Yah, Aidil & Tok Ayah keluar pegi Kota Bharu, rumah Cik Mah, adik Umi. Pastu, kitaorang pegi PCB..dinner kat situ..





Senyuman plastikku~ Kat Pantai Cahaya Bulan.

to be continued~