Friday, July 31, 2009

ronggeng rokiah.

Semalam pergi ambil adik En.Syafiq di Institut Perguruan di Bangsar, membeli tiket bas beliau untuk pulang cuti semester nanti. Kemudian berjalan-jalan di Pavilion. Teman baikku sentiasa bersama, auww~

Cik Amalin dan Cik Sxa



Kami bertiga yang disayangi oleh En. Syafiq :p


Thursday, July 30, 2009

Saturday, July 25, 2009

hari pecah perut serta anak tekak.


Naim telah sms pada awal pagi (7.01 a.m.) untuk kali yang ke berapa ribu pun tak tahu. Soalan beliau "qila, illi, iefiz adakah anda semua masih busy?". Owh, rasa bersalah menghempap aku. Aku perlu bersetuju kali ini. Maka, aku pun hanya mengikut plan yang dirangka oleh Naim dan Iefiz kot? Entahlah..Kami ke Bukit Bintang, makan-makan..borak-borak sampai restoran berangkai itu tutup. Meneruskan borak-borak yang memang takkan habis sampai bila-bila di Tasik Titiwangsa. Oh rindu sekali~ dulu hampir tiap-tiap malam ke situ, lepak-lepak sambil online depan Eye On Malaysia. Ok, kami terpaksa mengundi Hairi (Anak Wayang) sebab dia kawan kami, hahaha. Tapi aku rasa dia layak pun. :) Ok, bye2~




dalam kete Mimi, baru lepak melepak di Bukit Bintang.



Kawan-kawanku yang sentiasa lapar~


mimi & qila ku sayang~

Melepak di Tasik Titiwangsa, depan rumah Qila je~



Comel sekali gambar ini~ Mwah Besties!

Wednesday, July 22, 2009

MyHotComments.com
MyHotComments

Banyak sangat.

Banyak sangat benda jadi akhir-akhir ni. Malas tul nak menaip~
Ringkasan je. Macam rangka karangan.

  • Balik kampung Khamis lepas. ( Makan buah - Family day sekolah ayah En.Syafiq - Main layang-layang lagi - Pantai lagi - Berpiknik sambil makan sandwich air tgn ibu En.Syafiq - Mancing ikan - Mandi Air Terjun.

  • Si Biru masuk wad lagi :/ pintu belah kiri kemek depan belakang. malas cakap pape dah. Bukan aku drive. Sekarang jadi driver semua orang dalam rumah.

  • Selamat hari yang ke-500 untuk kita~ (22nd July 2009)

  • Masih menunggu dan terus menunggu~

  • Mula menabung untuk masa depan.

  • Mula bekerja part time Jumaat ini

Thursday, July 16, 2009

what a night!

Aku keluar malam ni, hanyalah semata-mata ingin menjalankan amanah yg diberikan. Iaitu menghantar handphone kepada Anas Hafizuddin. Pening jugak mula-mula tu, taktau nak pass kat siapa. Ingat nak pass kat Syima, dah siap message dia. Rupa-rupanya Syima dah tak pakai Umobile, huhu. Pastu message Ziela, tak reply. Rupa-rupanya dah habis kredit, huhu. Pastu message Misai. Misai kata, datang lah hantar..jadi, aku meminta Umiey untuk teman aku. Alang-alang tu, boleh jumpa Syamim sekali. Masa kat Danau Mas tu, aku ternampak kereta Ijat, follow la dia. Tapi dia tak perasan, hampa sekali. Then pusing-pusing kat situ, nampak lak kereta Macha. Nasib baik dorang perasan. Anas pun ada sekali..maka, mission accomplished! :)
Lepas tu, terus ke rumah sewa Syamim, dan lepak di Bangi Kopitiam. Then, suddenly..ada la beberapa orang yg tak dikenali join meja ktorg... ??? confused jap. Aku n Syamim dah pening-pening. Layankan aje...
Dah lepak-lepak tu, hantar la Syamim pulang ke rumah. Jalan kaki je, hehe. Kami kehairanan melihat ramai orang berkumpul kat depan pintu rumah sewa Syamim tu. Beberapa orang tak dikenali turun, Syima dan Ziela pun ada. Ziela pun cerita apa yang jadi..Sila rujuk ke blog Syima.
Sekian laporan untuk hari ini. eh semalam? bila-bila la~


Tuesday, July 14, 2009

baby Hafizan.

With Baby Hafizan.
jumpa dia kat kenduri kesyukuran kawan ibuku.
Dia sangat kecil dan comel.
Kepala dia besar telapak tanganku.
=)




crazy.

sebelum En.Syafiq pulang semula ke tanah tumpah darah beliau, kami meluangkan masa bersama-sama..manis sekali~ ( padahal baru 8 hari lepas dh jumpa ) alamak, pecah lak rahsia kat sini :P . Hari ni, dia balik sana. Lusa aku pula menyusul tiba. Hahaha boring~~ maybe kita boleh melawat laut lagi? Main layang-layang, ikut bekas tayar motor pakcik ais krim tepi pantai, bina rumah pasir, minum coconut shake..mcm2 lagi kan..dan mlm td..kami telah ke...

SEREMBAN~
ok la yang. jumpa lg nnt. Syima pun blk kampung. sila bawa kami jln2~ huhu

Monday, July 13, 2009

P.S. I Love You


Synopsis :
On a country road in Ireland over ten years ago, it was love at first sight for Holly, a lost young tourist and Gerry, a charming local lad. Holly's formidable mother, disapproved of the couple, concerned that her spirited daughter was too young for marriage. In the years since, the once fearless Holly has become unsure of her own identity. When Gerry dies with a brain tumor and leaves Holly a widow just shy of her thirtieth birthday, her family and best friends are concerned that she will never emerge from her takeout container-strewn Manhattan apartment. After weeks holed up watching old movies, a birthday cake and tape recording message from Gerry mysteriously arrives, marking the beginning of a series of letters instructing her to perform unusual requests. With the help of her girlfriends, Holly begins a year of wild adventures and a life journey that Gerry has planned for her, helping her to discover who she is without him and reminding her - p.s. I Love You.
P.S. I Love You is based on the best-selling novel by Cecelia Ahern.


Sob..sob..
cerita ini sangat comel. Kalau En.Syafiq tak ada, saya mesti jadi macam Holly. :(
I love you, yang. Can't imagine my life without you.

Friday, July 10, 2009

cerita Rosmah

Hari ni aku melayari laman youtube. Tiba-tiba aku ternampak kisah Rosmah Mansor. Aku pun tengok je la. Dah tengok tu, timbul pelbagai soalan dalam diri. Iskk~ betul ke apa dorang cakap ni? tak baik fitnah? Aku bukan minat sangat dunia politik, sekadar ambil tau. Jadi, aku pun update la status kat facebook seperti biasa..berbunyi ;
"Betulkah apa yang dikatakan tentang Rosmah Mansor kat youtube tu? wallahualam bisawab..."
Tiba-tiba, ada seorang warga ASWARA, tempat aku belajar cakap..
"jaga statement anda yer...adakah kamu warga aswara, so hati2 ye"
Hmm..adakah kerana aku belajar di institusi kerajaan maka aku dilarang mengeluarkan statement begitu? Padahal bukan aku cakap ape pun. Kenapa perlu takut? Tiba-tiba aku teringat kisah yang pernah jadi kat group aku dulu. Short film ktorg pernah kena banned sbb ada scene yang mmg tak sepatutnya ada. Pegawai atasan siap cakap benda tu sampai masuk kabinet. Lepas tu, ktorg satu group kena mengadap menteri minta maaf. Sangat2 exaggerate! Penuh dengan drama. Boring~ padahal, takde pape pun..ktorg pulak yang tak sabar-sabar nak jumpa menteri tu. K , bye.

Thursday, July 9, 2009

i miss the beach.

comel sekali mereka berdua. :p


Farid Izwan, dh 11 tahun kawan nih!



mengenangkan saat-saat di sekolah dulu.
walaupun sempat dua tahun je ngan dorang.


cayang belikan layang-layang.
my sweetheart.
info :
semasa dalam perjalanan ke sana, saya telah menaiki bas yang sama dengan Cot. :p

Wednesday, July 8, 2009

sakit.

wants to watch Ice Age and Harry Potter.
i'll go by myself i guess~

..only grown-ups don't understand.

Monday, July 6, 2009

girly day.

hahaha. sounds funny~
aku tak ingat bila aku keluar dengan rakan-rakan yang semuanya tediri daripada jantina yang sama, haha. Seronok gak join kawan-kawan baru aku tuh. Apa lagi, ronggeng rokiah la~ lepas pegi printing dan selesaikan sedikit kerja. Aku dan Mctea tolong Bee angkat barang dari Mawar pindah rumah sewa. Someone saw me there, padahal dia betul-betul depan aku, tak perasan langsung kot. Sori laa ek~ nape tak tegur je kan senang..huhu. Mctea yang drive, wee~! lagipun dia kena la amek tau jalan-jalan Shah Alam ni kan. Lepas pindah barang, bawak dorang pg Giant, membeli belah..paham-paham je la kalau dah perempuan~ huhu..ok la, baru la aku tau bila keluar dengan all girls. hahaha~ wink wink

mctea and me waiting in the car at Mawar~ Bee sesat dlm kolej tuh.haha!

Mctea, selaku consultant membeli belah~ kena control dorg ni, bahaya~ hehe

Saturday, July 4, 2009

Mctea's Day

Hari ni, bangun awal pagi untuk teman rakan baik selamanya, Cik Salwati Mohd Sukri mendaftar kat UiTM Shah Alam. Gembira sekali akhirnya dia dekat denganku ! Park kereta kat Padang Kawad pastu naik bas UiTM pergi Dewan Sri Budiman (yeay, naik bas UiTM ! :P) jakunbatakasli sebentar di situ. Terserempak dengan Sha, yang sedang menunggu kekasih hatinya, Macha. Lepas tu, kedengaran Cot panggil nama aku. Ayu dan Macha ada bersama. Hari ini adalah hari OhAkuTakMahuTerserempakDenganSesiapa. Maksudnya, kawan-kawan lama dari pelbagai sekolah :P atau orang-orang gila. Sebabnya, saya tak mahu menjawab soalan seperti :
  • Eh, sambung sini jugak ke? Course apa?
  • Hai ! lama tak jumpa, dah kawen?
  • Dah habis belajar ke?
  • ASWARA ? Binatang apa tu??

Ramai mak dan ayah amek gambar anak mereka beratur panjang
untuk mendaftar, got one for Mctea too! :P
Selesai daftar, bertemu rakan-rakan yang tidak
mendapat tempat tinggal di kolej.



house hunting bersama cik sxa, cik bee dan cik ayun



Mctea bersama Chiwawa! :(
dorang dapat rumah dekat Blok 58! selang dua rumah dari bekas rumah sewa En.Syafiq !
Kelihatan Chiwawa (kucing belaan En.Syafiq) masih menunggu di depan rumah bernombor 116
:(

Friday, July 3, 2009

by your side.

thanks my love~

heart to heart.
you see, this world doesn't matter to me
i'll give up all i have just to breathe
the same air as you til' the day that i die
i can't take my eyes off you.

Thursday, July 2, 2009

1st of July.

yesterday was a miracle.
the best 1st of July ever in my life..

:)

thank you. so much.