Hari ni, bangun awal pagi untuk teman rakan baik selamanya, Cik Salwati Mohd Sukri mendaftar kat UiTM Shah Alam. Gembira sekali akhirnya dia dekat denganku ! Park kereta kat Padang Kawad pastu naik bas UiTM pergi Dewan Sri Budiman (yeay, naik bas UiTM ! :P) jakunbatakasli sebentar di situ. Terserempak dengan Sha, yang sedang menunggu kekasih hatinya, Macha. Lepas tu, kedengaran Cot panggil nama aku. Ayu dan Macha ada bersama. Hari ini adalah hari OhAkuTakMahuTerserempakDenganSesiapa. Maksudnya, kawan-kawan lama dari pelbagai sekolah :P atau orang-orang gila. Sebabnya, saya tak mahu menjawab soalan seperti :
- Eh, sambung sini jugak ke? Course apa?
- Hai ! lama tak jumpa, dah kawen?
- Dah habis belajar ke?
- ASWARA ? Binatang apa tu??
Ramai mak dan ayah amek gambar anak mereka beratur panjang
untuk mendaftar, got one for Mctea too! :P
Selesai daftar, bertemu rakan-rakan yang tidak
mendapat tempat tinggal di kolej.
No comments:
Post a Comment