Thursday, July 16, 2009

what a night!

Aku keluar malam ni, hanyalah semata-mata ingin menjalankan amanah yg diberikan. Iaitu menghantar handphone kepada Anas Hafizuddin. Pening jugak mula-mula tu, taktau nak pass kat siapa. Ingat nak pass kat Syima, dah siap message dia. Rupa-rupanya Syima dah tak pakai Umobile, huhu. Pastu message Ziela, tak reply. Rupa-rupanya dah habis kredit, huhu. Pastu message Misai. Misai kata, datang lah hantar..jadi, aku meminta Umiey untuk teman aku. Alang-alang tu, boleh jumpa Syamim sekali. Masa kat Danau Mas tu, aku ternampak kereta Ijat, follow la dia. Tapi dia tak perasan, hampa sekali. Then pusing-pusing kat situ, nampak lak kereta Macha. Nasib baik dorang perasan. Anas pun ada sekali..maka, mission accomplished! :)
Lepas tu, terus ke rumah sewa Syamim, dan lepak di Bangi Kopitiam. Then, suddenly..ada la beberapa orang yg tak dikenali join meja ktorg... ??? confused jap. Aku n Syamim dah pening-pening. Layankan aje...
Dah lepak-lepak tu, hantar la Syamim pulang ke rumah. Jalan kaki je, hehe. Kami kehairanan melihat ramai orang berkumpul kat depan pintu rumah sewa Syamim tu. Beberapa orang tak dikenali turun, Syima dan Ziela pun ada. Ziela pun cerita apa yang jadi..Sila rujuk ke blog Syima.
Sekian laporan untuk hari ini. eh semalam? bila-bila la~


No comments: