Sewaktu di sekolah, saya tidak gemar atau tiada rasa ingin bercinta. Sebab saya tak suka tengok kawan-kawan bersedih bila mereka bergaduh dengan boyfriend/girlfriend mereka. Dan saya tidak pernah percaya pada cinta pandang pertama. Cinta pertama tidak akan kekal, itu yang saya fikir..Waktu di sekolah dulu, saya hidup dengan riang dan gembira. Saya merempit setiap hari..saya ke taman permainan..saya ke gua Kek Look Tong..saya ada kawan-kawan...umur 20 tahun baru rasa terbuka hati. Itu pun dengan tiada keyakinan langsung, tapi dengan positifnya saya berfikir, mungkin saya boleh belajar untuk menerima. Tapi bila ianya dipermain-mainkan, saya berjanji pada diri..cukuplah sekadar jadi teman dia yang paling lama..sebab dia cakap selalu dipermainkan perempuan..Padanlah muka kau. Jadi, pada ulangtahun pertama kami, saya minta untuk putus..cukuplah setakat di situ. Saya pergi tanpa sebarang rasa sedih. Pensyarah saya, En. Hishamudin Rais pernah berkata, perkara paling utama dalam setiap filem, walaupun apa pun genre nya..ianya tak akan lari dari cinta. Kerana manusia tidak boleh hidup tanpa cinta. Cinta menjadi perkara utama dalam hidup seharian. Satu harapan saya sejak kecil, saya mahu jadi cinta pertama seseorang, dan seseorang itu cinta pertama saya. Tapi semua itu tidak berlaku..Saya masih belum faham. Banyak yang perlu saya belajar..
saya hanya mengharapkan kejujuran.
1 comment:
like
Post a Comment