Tuesday, November 30, 2010

4 days to go.

Saya dan dia. Kenal sejak tahun 2000. Berkawan baik, menaik taraf status pada awal tahun 2008.


Setiap kali keluar, dia akan tanya :
Dia : Nak makan apa?
Saya : Assam laksa!
Dia : Eee..takde makanan lain ke?
Dalam hati..."baik tak payah tanya.."  -_-"
Dia selalu tak setuju dengan makanan yang saya mahu.


Kalau jalan-jalan, dia tak menumpukan perhatian pada apa yang saya cakap
Saya : bla..bla...bla.......kan yang?
Dia : ..Huh???
Saya : ...takpelah....~
Rupanya saya bercakap seorang diri. Kalau ada mood baru ulang balik, tapi selalunya tak! haha  -_-"


Kalau makan jagung cup, dia suapkan saya...alahai comel..
Dia suapkan tiga biji pada saya, untuk dia...satu sudu penuh!
Hampehnye, cis~ -_-"


Tapi...
Di kala saya kelaparan, dia selalu belikan makanan. Minta je apa, mesti dia dapatkan.
Di kala motor tak boleh start, dia datang walaupun tengah demam 40 darjah celcius.
Di kala kereta rosak, dia juga yang datang tengok-tengokkan.
Di kala tengah sengkek (sentiasa kot), wallet dia yang jadi mangsa.


Hahaha, nasib awaklah dapat orang macam saya..padan muka.


4 days to go!

Bolehkah?

Bolehkah kiranya ku mahu membuat blog baru?
Huhuhu, taktau camno nak mula.
Mosti sodih, gumbira, monyok, lompat-lompat.
Nantikan berita itu~~

Monday, November 29, 2010

PART 2



On the first page of our story, the future seems so bright.
And this thing turned out so evil, I don’t know why I’m still surprised.
Even angels have their wicked schemes and you take death to new extremes.
But you’ll always be my hero, even though you lost your mind.

Now this gravel in our voices, glass is shattered from the fight.
In this tug of war, you’ll always win, even when I’m right.
Cause you feed me fables from your hand,
With violet words and empty threats and it’s sick that all these battles are what keeps me satisfied.

So maybe I’m a masochist
I try to run but I don’t wanna ever leave.
Til the walls are goin’ up in smoke with all our memories.

This morning, you wake, a sunray hits your face
smeared makeup as we lay in the wake of destruction
hush baby, speak softly, tell me I’ll be sorry that you
pushed me into the coffee table last night so I can push you off me
try and touch me so I can scream at you not to touch me
run out the room and I’ll follow you like a lost puppy
baby, without you, I’m nothing, I’m so lost, hug me
then tell me how ugly I am, but that you’ll always love me
then after that, shove me, in the aftermath of the
destructive path that we’re on, two psychopaths but we
know that no matter how many knives we put in each other’s backs
that we’ll have each other’s backs, ’cause we’re that lucky
together, we move mountains, let’s not make mountains out of molehills,
you hit me twice, yeah, but who’s countin’
I may have hit you three times, I’m startin’ to lose count
but together, we’ll live forever, we found the youth fountain
our love is crazy, we’re nuts, but I refused counselin’
this house is too huge, if you move out I’ll burn all two thousand
square feet of it to the ground, ain’t shit you can do about it
with you I’m in my f–kin’ mind, without you, I’m out it

Just gonna stand there and watch me burn,
But that’s alright because I like the way it hurts.
Just gonna stand there and hear me cry,
But that’s alright because I love the way you lie...

Yerp..

Happiness is not here, gotta find it somewhere else.
Yes, I'll not stop looking. 

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ..

Friday, November 26, 2010

2011

Hey Ho~
Bulan Disember akan datang tidak lama lagi. Bulan yang penuh makna...bermaknakah?

HOPEFULLY

Tiba-tiba rasa nak buat list benda-benda yang saya ingin buat pada tahun seterusnya, 2011.
Jeng Jeng Jeng...

1. Pakai braces. Haha, benda ni dah basi sebenarnya. Tertunggak sejak sekian lama. Tapi akan meneruskannya sebab nak bayar pakai duit sendiri.

2. Beli handphone baru? Benda ni pun sama. Nak beli tapi tak beli-beli juga. Saya memang mempunyai masalah dalaman ketika membeli belah. Hati kata mahu, nafsu kata nantilah dulu.....haha..Iphone sudah dalam genggaman, tak pergi baiki lagi. tapi best juga kalau Abah mahu menyerahkan HTC HD kepada ku seperti yang dijanjikan..? Abah, cepat beli Iphone 4!

3. Mahu vacation seorang diri. Shoud be fun kan? Nak drive around Malaysia bersama kenderaan baru saya. Terbang pun best. Di sini mahu menjelaskan bahawa, Si Biru sudah tidak lagi bersama saya dalam perjalanan hidup ni. Sedih! Si Biru terpaksa diserahkan kepada kakak untuk kegunaan hariannya. Ya, secara rasminya saya telah menjadi seorang yang berhutang ribuan ringgit dengan bank. Ucapan terima kasih buat Abah sebab bayarkan deposit n pilih kereta tu ! sayang Abah.. 

4. Menyimpan wang sebanyak mungkin. Tolak duit kereta dan lain-lain. Pada umur sekarang ni, memang kena menyimpan. We're not getting younger. Sekarang ni memanglah tak rasa ada komitmen, bila dah ada komitmen nanti, takkan nak tunggu lagi untuk kumpul duit? Bila dah ada sikit simpanan tu, terjaminlah sikit. Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri juga. 

5. Bagi duit kat Umi Abah. Tak banyak sikit pun jadilah. Sekarang ni belum sempat lagi nak bagi. Expenses tinggi. InsyaAllah mahu mula sikit-sikit. 


6. Mahu kembali ber'fotografi'. Sudah sekian lama ditinggalkan. Saya mahu membelai semula kamera kesayangan. Beli lens? Doakan berjaya.

7. Banyak lagilah. Nanti update lagi. :)

Thursday, November 25, 2010

Randai Si Jundai.

Last weekend, I spent my time with dear friends at the academy. Bazaar ok la, tolong Qila, Mimi n Linda kat gerai dorang. Qila jual bread butter pudding (memang sedap sesangat! best seller), muffin n air longchan. Linda pulak jual coconut shake. En.Syafiq kehairanan sebab ramai tak tau apa itu Coconut Shake. Benda tu memang banyak je ade jual kat negeri-negeri pantai timur, tapi kat sini punyalah susah nak jumpa. Sedap! Aku disitu hanyalah untuk menyokong rakan kesayangan aku, sebab dia exam randai. It's my favourite! Teater randai seronok ye. Ade lakonan, tarian, silat. Sesape orang nogori tu, patut tengok randai..barulah anak nogori sejati. Sesuai sangatlah dengan Qila, kampungnya kat Kuala Pilah. So, lepas berjual-jualan di gerai, aku tengok lah show dorang tu. 1st night group lain. Masa tu tak mahu bayar tiket, hehe..sneak in je seperti waktu dulu-dulu. Then 2nd show, aku merajinkan diri beli tiket. Tak mahal pun. When Qila came out from the backstage, I almost burst into tears. Yelah, sejak masuk situ, aku berkepit je ngan Qila. Ber'Wayang Kulit' sama-sama...Ber'Bangsawan'....Ber'Mak Yong'. Sekarang ni Be'Randai'...aku takde kat sisi Qila. Tapi takpe, aku akan sentiasa tengok ko kan Qi?! Walaupun, hajat aku nak jadi salah sorang anak randai tak kesampaian, aku bangga sangat tengok Qila. Things changed at the academy, but that's home to me. I may have left, but I'll always keep coming back. 





Thursday, November 18, 2010

I need a room. just a little

Hi guys. Well, dah lama tak tulis tulis sini. Ok, mari dengar keluh kesah kak esah..
Semalam hari raya haji, selamat hari raya..
Sebelum itu, sedikit info untuk anda semua
- Saya sudah tiada bilik di rumah, sepatutnya berkongsi dengan kakak. Tapi saya bagai ditendang keluar, kerana dia sering mengunci pintu dan berchatting di skype.
- Saya tumpang bilik adik-adik, tidur di katil dua tingkat atas sekali.
- Sudah begini beberapa bulan.
Ok, kembali semula kepada keluh kesah..Semalam keluar, bila tiba di rumah saya akan terus ke bilik untuk buka tudung, memang begini setiap kali. Bila buka pintu bilik, tiba-tiba adik besuara "Kak Illi janganlah sepahkan bilik!" dengan tonasi yang menjengkelkan. "What?" dalam hati berkata. Sentap hati mak, nak... :(
Saya akui, saya bukan saja menumpang katil, malah almari, meja make-up, sidai towel, charge handphone. Memang menyusahkan mereka. "Tak pe lah, nanti Kak Illi pindah dari sini, tak kacau korang lagi." kata ku. Bukan niat nak cakap macam tu, tapi hati sedikit terguris sebab tak ada tempat lain lagi untuk saya merehatkan badan, melelapkan mata, bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Saya tak boleh terlelap di ruang tamu atau di depan tv. Mak akan bising dan ianya seolah-olah kesalahan yang amat besar kalau saya terlelap di atas sofa ruang tamu. Bilik bawah tu kosong, tapi saya tak boleh tidur di situ juga. Bukannya tak mahu kembali ke bilik sendiri, tapi saya penat untuk mengetuk pintu setiap kali mahu masuk, itu pun kakak marah-marah.
Kesimpulannya, i just need a small little room for myself. Ruang untuk diri saya, ruang untuk berfikir, ruang untuk saya hiaskan dengan apa yang saya suka. Saya tak pernah ada semua itu. Dari kecil lagi, saya berkongsi dengan kakak. Saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Kena adil untuk semua pihak. Tak boleh cat ikut suka hati, kena tanya pendapat orang lain dulu sebab ruang itu bukan untuk saya seorang. Tapi bila macam ni, rasa seperti merempat. Tak ada ruang untuk saya berfikir..bernafas..walau sekejap.