Thursday, November 18, 2010

I need a room. just a little

Hi guys. Well, dah lama tak tulis tulis sini. Ok, mari dengar keluh kesah kak esah..
Semalam hari raya haji, selamat hari raya..
Sebelum itu, sedikit info untuk anda semua
- Saya sudah tiada bilik di rumah, sepatutnya berkongsi dengan kakak. Tapi saya bagai ditendang keluar, kerana dia sering mengunci pintu dan berchatting di skype.
- Saya tumpang bilik adik-adik, tidur di katil dua tingkat atas sekali.
- Sudah begini beberapa bulan.
Ok, kembali semula kepada keluh kesah..Semalam keluar, bila tiba di rumah saya akan terus ke bilik untuk buka tudung, memang begini setiap kali. Bila buka pintu bilik, tiba-tiba adik besuara "Kak Illi janganlah sepahkan bilik!" dengan tonasi yang menjengkelkan. "What?" dalam hati berkata. Sentap hati mak, nak... :(
Saya akui, saya bukan saja menumpang katil, malah almari, meja make-up, sidai towel, charge handphone. Memang menyusahkan mereka. "Tak pe lah, nanti Kak Illi pindah dari sini, tak kacau korang lagi." kata ku. Bukan niat nak cakap macam tu, tapi hati sedikit terguris sebab tak ada tempat lain lagi untuk saya merehatkan badan, melelapkan mata, bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Saya tak boleh terlelap di ruang tamu atau di depan tv. Mak akan bising dan ianya seolah-olah kesalahan yang amat besar kalau saya terlelap di atas sofa ruang tamu. Bilik bawah tu kosong, tapi saya tak boleh tidur di situ juga. Bukannya tak mahu kembali ke bilik sendiri, tapi saya penat untuk mengetuk pintu setiap kali mahu masuk, itu pun kakak marah-marah.
Kesimpulannya, i just need a small little room for myself. Ruang untuk diri saya, ruang untuk berfikir, ruang untuk saya hiaskan dengan apa yang saya suka. Saya tak pernah ada semua itu. Dari kecil lagi, saya berkongsi dengan kakak. Saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Kena adil untuk semua pihak. Tak boleh cat ikut suka hati, kena tanya pendapat orang lain dulu sebab ruang itu bukan untuk saya seorang. Tapi bila macam ni, rasa seperti merempat. Tak ada ruang untuk saya berfikir..bernafas..walau sekejap.

1 comment:

Syima said...

i think u have to discuss this with your parents and siblings dear. U MUST. kalau u x let it out, smpi bila2 diarang still akan buat macamtu...