Friday, November 26, 2010

2011

Hey Ho~
Bulan Disember akan datang tidak lama lagi. Bulan yang penuh makna...bermaknakah?

HOPEFULLY

Tiba-tiba rasa nak buat list benda-benda yang saya ingin buat pada tahun seterusnya, 2011.
Jeng Jeng Jeng...

1. Pakai braces. Haha, benda ni dah basi sebenarnya. Tertunggak sejak sekian lama. Tapi akan meneruskannya sebab nak bayar pakai duit sendiri.

2. Beli handphone baru? Benda ni pun sama. Nak beli tapi tak beli-beli juga. Saya memang mempunyai masalah dalaman ketika membeli belah. Hati kata mahu, nafsu kata nantilah dulu.....haha..Iphone sudah dalam genggaman, tak pergi baiki lagi. tapi best juga kalau Abah mahu menyerahkan HTC HD kepada ku seperti yang dijanjikan..? Abah, cepat beli Iphone 4!

3. Mahu vacation seorang diri. Shoud be fun kan? Nak drive around Malaysia bersama kenderaan baru saya. Terbang pun best. Di sini mahu menjelaskan bahawa, Si Biru sudah tidak lagi bersama saya dalam perjalanan hidup ni. Sedih! Si Biru terpaksa diserahkan kepada kakak untuk kegunaan hariannya. Ya, secara rasminya saya telah menjadi seorang yang berhutang ribuan ringgit dengan bank. Ucapan terima kasih buat Abah sebab bayarkan deposit n pilih kereta tu ! sayang Abah.. 

4. Menyimpan wang sebanyak mungkin. Tolak duit kereta dan lain-lain. Pada umur sekarang ni, memang kena menyimpan. We're not getting younger. Sekarang ni memanglah tak rasa ada komitmen, bila dah ada komitmen nanti, takkan nak tunggu lagi untuk kumpul duit? Bila dah ada sikit simpanan tu, terjaminlah sikit. Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri juga. 

5. Bagi duit kat Umi Abah. Tak banyak sikit pun jadilah. Sekarang ni belum sempat lagi nak bagi. Expenses tinggi. InsyaAllah mahu mula sikit-sikit. 


6. Mahu kembali ber'fotografi'. Sudah sekian lama ditinggalkan. Saya mahu membelai semula kamera kesayangan. Beli lens? Doakan berjaya.

7. Banyak lagilah. Nanti update lagi. :)

1 comment:

MissyMe said...

braces??suda brapa lama daa..i dh pon bergaya bagai, u xpkai2 lg..hihii :p *neway, thnx to u sbb u yg rekemen for me.k zuey pon akn pki xlama lg,dgn dr diana.u pa tggu lg, cpt2 ckit p wat appmt tu k. XD

vroom2.hmm.xpe ili.atleast u dh dpt kete sndri..weehoo.xperlu berebut lg! :D

btw, nicee song..romantic gituu.. <3 ;)