Tuesday, November 30, 2010

4 days to go.

Saya dan dia. Kenal sejak tahun 2000. Berkawan baik, menaik taraf status pada awal tahun 2008.


Setiap kali keluar, dia akan tanya :
Dia : Nak makan apa?
Saya : Assam laksa!
Dia : Eee..takde makanan lain ke?
Dalam hati..."baik tak payah tanya.."  -_-"
Dia selalu tak setuju dengan makanan yang saya mahu.


Kalau jalan-jalan, dia tak menumpukan perhatian pada apa yang saya cakap
Saya : bla..bla...bla.......kan yang?
Dia : ..Huh???
Saya : ...takpelah....~
Rupanya saya bercakap seorang diri. Kalau ada mood baru ulang balik, tapi selalunya tak! haha  -_-"


Kalau makan jagung cup, dia suapkan saya...alahai comel..
Dia suapkan tiga biji pada saya, untuk dia...satu sudu penuh!
Hampehnye, cis~ -_-"


Tapi...
Di kala saya kelaparan, dia selalu belikan makanan. Minta je apa, mesti dia dapatkan.
Di kala motor tak boleh start, dia datang walaupun tengah demam 40 darjah celcius.
Di kala kereta rosak, dia juga yang datang tengok-tengokkan.
Di kala tengah sengkek (sentiasa kot), wallet dia yang jadi mangsa.


Hahaha, nasib awaklah dapat orang macam saya..padan muka.


4 days to go!

No comments: