Wednesday, November 26, 2008

memori buah kelapa





tadi aku sangat bosan.
aku pun bukak lah youtube.
tiba-tiba rasa nak tengok video iklan petronas.
keluarlah iklan merdeka petronas 2008~
teringat pulak memori masa aku pergi shooting iklan tu kat Melaka Julai lepas..
pergi sana pun sebab Abg Afdlin ajak, so pergilah aku b'sama kawan-kawan lain yang tengah buat practical training dengan VisionWorks masa tu..
pagi-pagi lagi aku drive pergi Merlimau, mengada nak pergi balik hari, padahal hotel dh disediakan utk kitaorang~
masa tengah shoot scene kanak-kanak tgh beratur nak race kereta mainan tu,
aku ngan kawan-kawan lain duduklah bawah sebatang pokok kelapa~
sebab tak de tempat lain lagi, takut termasuk dalam frame pulak nanti..
maka, kami dengan niat untuk berteduh duduklah kat situ dengan senang hati..
tiba-tiba aku rasa pening~
masa tu, aku nampak kabur-kabur orang tengah lari-lari (tak tau kenapa..)


dengan selamba aku tanya Malinie :


aku : kenapa ni? gempa bumi ke?
Linie : Illi, tak..kelapa jatuh atas kepala kau!


aku yang tengah bengong-bengong masa tu, tak tau nak buat ape..berpusing gak lah jugak kepala masa tuh..ada sorang mamat ni n Linie papah aku pergi kat beranda rumah location shooting tu..aku pun baring lah~ Kak Ros (bos MHz Film) tekap kepala aku dengan ais, sejuk gila! beku otakku.
pastu, aku pegi klinik...doktor x-ray, tak de apa-apa..tp aku asyik muntah~
so, doktor suruh aku admit hospital utk observation. Memang tidak lah aku nak admit kat hospital Melaka. aku nak balik jugak. Nasib baik Syaza ada untuk drive kereta aku..


thanks to Syaza, Wani, Halim n Linie! :)
thanks to Naim jugak yang datang rumah aku amek mereka-mereka ini.
Pastu, parents aku bawak pegi SJMC..maka, di situ lah aku ditinggalkan semalaman.
akhirnya tercapai impian aku nak admit kat hospital (1st time!) - ye lah, aku lahir pun kat rumah atuk n nenek aku.hahaha~
thanx kepada kawan-kawan yang datang melawat
tp, aku kena marah dengan Cayang :( sebab tak pilih pokok lain untuk berteduh~
apa2 pun , pengalaman yang kelakar~
malu bila nurse n doktor kenapa...aku dengan selamba jawab "kena hempap buah kelapa..."
aku dapat note book dari abg Afdlin beberapa hari sebelum habis praktikal..he draw himself holding a coconut! hehehe, thanks abg Afdlin :)
sesape nk tengok iklan tu --> click here


3 comments:

Dayangku Nuraini Wahed said...

haha comel...
ni la sbnrnya crita u concussion aritu ek...

Illi Hzbull said...

yuppp~
sib baik tak ilang ingatan
syafimie siap tanya i
"kakak ni hilang ingatan ke?"

haha~!

Syima said...

found n linked ya! =D