Tuesday, December 14, 2010

Topik Di Corong-Corong Radio.

Assalamualaikum Semua :)
Happy Tuesday!

Semasa dalam perjalanan memandu pulang ke rumah dari pejabat semalam, saya dengarlah Fly FM (95.8). Topik yang dorang bincangkan adalah, CAN YOU LOVE TWO PERSONS AT ONE TIME? Rata-rata katakan tidak. Elelele ye la tu korang!

Pendapat saya :
Saya memang ada kemahuan nak buat begitu, hahaha~ tidaklah. Saya punya satu hati saja, dah bagi kat sorang mamat tu, mana boleh ambil balik? Nanti buruk siku! Nasihat saya, kalau mampu, bolehlah. Ni takat hidung je, pastu nak bercinta ramai-ramai. Ape kes? Hargailah orang yang cintakan awak tu. Awak pun boleh belajar untuk menyayangi seseorang..macam saya..hehe! Fight for your love. jangan kasi orang lain enterprem dan buat semak samun. Amek je sabit, tebas semua semak tu. wink2 ;)

Pagi tadi pulak, semasa perjalanan ke pejabat, dengar Hot FM (97.6). Topiknya, LELAKI MANJA, suka ke tak??

Pendapat saya :
Saya kurang gemar, sebab kalau si dia manja, siapa nak manjakan saya??haha. Boleh je kot lelaki nak manja, tapi tengok keadaan dan masa yang sesuai. Tapi ada jugak lelaki yang menggunakan kemanjaan dorang tu untuk pikat perempuan. Ini saya memang tak suka. Kalau ko tu dah ada aweks, yang ko nak manja-manja dengan perempuan lain, apehal? Kurang kasih sayang? Aweks membosankan? Aweks miskin (dia tak dapat belanja ko makan)? Fikir-fikirlah sendiri..renung-renungkan wahai lelaki sekalian. Cuba bayangkan kalau aweks ko buat benda yang sama, tak ke hati panas, jiwa kacau? lalalalanddd~

No comments: