Wednesday, December 8, 2010

Lebah.

SEPERTI LEBAH, MULUT BAWA MADU, EKOR BAWA SENGAT

Pernah dengar peribahasa tu? 
Maknanya :  depan kita mulut je manis, tapi belakang kita lain pula agendanya.

Camno tuh? Ala, korang semua mesti pernah alami dan rasa benda tu kan..kiranya samalah macam talam dua muka. Dulu kan, aku ni memang naif orangnya, eceh~ Tapi bila makin besar, dah rasa banyak pengalaman. Aku dah tau macam mana nak handle orang-orang begitu. So, bagi aku, orang yang bermuka-muka ni tak penting pun. Biarkan mereka dengan labu-labunya. As time flies, mereka juga akan hilang dari hidup kita. Jadi, pandai-pandailah kita menilai pasir dan permata ye? Jangan disebabkan sikap orang lain, kita rasa diri kita tak berguna. Tak ke rugi namanya tu. Mereka hanya picisan, tak perlu fikir pasal mereka lebih-lebih, yang penting jangan kasi peluang untuk mereka musnahkan hidup kita. Bila susah kita dipanggil kawan, bila senang, kita dilupakan. Kalau dulu, bolehlah saya duduk diam dan tengok je. Mulai sekarang, sesiapa yang mula nak ganggu hidup gembira saya, I'll punch you right in the face! You've been warned..wink2! Mwah.

1 comment:

Ms.uMiey =) said...

agree!~ cm u ckp.ignore d best way!~ spray je lalat2 tuu.hihii
btw, aduyy..ayt last yg xthn tuu..mwahh~ :p