Saturday, December 11, 2010

Happy Saturday.

Tengah hari tadi pergi kenduri kat Rawang, kawan Abah masa kat Kem Desa Pahlawan dulu, Pak Cik Arshad. Lepas tu ajak Abah jalan-jalan kat The Curve tapi dia malas, then pergi Empire Gallery. Umi beli baju kurung untuk wedding malam ni kat Seremban. Mula-mula Umi nak pilih warna olive green. 


"Eh, nanti aku nak pakai kaler ni!", bisik dalam hati.


Aku : Nanti Illi nak pakai warna ni. Takkan sama? Umi kena pakai warna cream.
Umi : Ala, takpe lah sama
Aku : Eh! Takkan sama kot..? (Belek-belek...) Oren! Haa, ni cantik..
Umi : Ok ke?
Aku : Cantik ape oren ni. Nampak muda, kulit Umi cerah, ni pun hijau (tunjuk kat baju dia pakai)..asyik hijau je,try la oren...(dengan harapan die tak pilih yang tu) :p Try tanye Abah..
Umi : Pink la..pink cantik kan??
Aku : Asyik pinkkkkkk je


Tiba-tiba Abah datang, tengah ambil gambar Nana & Tasha posing dengan barang-barang dalam kedai tu.
Abah suruh pilih oren sebab Umi dah banyak baju kaler pink.


YES! Oren tu memang cantik ok~


Masa Umi try baju tu, aku cakap kat Abah.


Aku : Abah, tema nanti Olive Green + Off White, ok tak? (Sambil tunjuk contoh kain tudung kat situ)
Abah : Hijau ni?? Tu hijau askar lah! Ya Allah dia ni.. (ketawa)
Aku : Huh? tak cantik ke Bah? Lawa ape hijau ni..ngan off white, mesti cantik!
Abah : Betul-betul anak askar dia ni


Ku suka Olive Green~!!
Umi pun dah cakap OK, bukan senang nak dapat persetujuan dari dia.

4 comments:

cik syahira said...

assalamualaikum illi,

kamu anak askar ye? wahh. bestnya. my sweetheart ialah askar tau. abah kamu masih berkhidmat lagi? nanti sharing caring la pengalaman kamu ye. saya baru nak belajar-belajar kehidupan bersama askar. fuhh. mencabar~

mohammad said...

bermacam warna ada..pink,hijau,oren...

CikSyafa said...

Olive green sgt shanteek

Syafa suka, nice combination ^___^

Illi Hzbull said...

cik syahira : yup2, tp dia dah bersara awal, sebab masalah kesihatan. but once a soldier, always a soldier hehe. Memang best sangat jadi anak askar! seronok bpindah randah walaupun penat. Ada entry lama ttg khidupan sbgai anak askar. :)

mohamad : hidup penuh warna :)

syafa : yup, nk stick dgn kaler tuh :) insyaAllah..