Tuesday, February 1, 2011

Realiti hidup

Masa mula-mula bercinta, 
Bawak si dia makan tempat mahal-mahal je, maklum la jaga standard.
Dah lama-lama, 
Dah tak boleh nak memilih sangat, "saya tak de duit" tu ayat biasa.
Dah kahwin nanti,
Isteri tak pandai masak, suami buat muka. Setiap hari makan kat luar, dengan awek lain.


Masa mula-mula bercinta,
Sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan sama-sama.
Dah lama-lama,
Harapkan si dia je datang kat kita. Al maklum, kita super busy!
Bila dah kahwin nanti,
Awak buat hal awak, saya buat hal saya.


Masa mula-mula bercinta,
Banyak je hadiah diterima.
Dah lama-lama,
"Nak ni boleh?".."isk, buat sendiri je la"
Bila dah kahwin,
Awak nak, awak pakai duit sendiri ye.


Masa mula-mula bercinta,
Selang sejam telefon, sms tak usah cakaplah.
Dah lama-lama,
Memanjang takde kredit, telefon pun tak payah haraplah.
Bila dah kahwin,
Langsung takde, "jumpa kat rumah je laa".


moga kamu berada di kalangan yang bertuah..Amin~

No comments: