Thursday, February 10, 2011

My ride.

Kereta ni dibeli tahun lepas sebab Si Biru terpaksa diserahkan kepada kakak. wuwu
Maka, saya telah mula berhutang dengan bank, tak masuk hutang-hutang lain lagi -_-'
Kereta ni beli 2nd hand je sebab taknak bayar mahal setiap bulan. Ye, tiada priority pada kereta.
Mula-mula tak suka sebab petak macam peti ais. Tapi disebabkan sifat kedekut yang ada dalam diri,
terima jelah. kwang2..nak Kancil je sebenarnya, Abah tak kasi. 
Kereta ni hanya digunakan untuk pergi kerja.
Weekend pakai kereta orang lain, haha.
Tapi lama kelamaan timbul kasih sayang terhadap Si Kuning ni, rasanya hari tu ada bagi nama..tak ingat :p
Abaikan rim buat masa sekarang.....

skirt tu beli dari Ayu :)

Baru lepas tonton The Green Hornet,
must watch! 

Spesifikasi 
Model Sebenar : Perodua Kenari
Model Berangan : Daihatsu Move
Enjin : YRV Turbo 1.3 Tiptronic

Er..yang lain lain hapdate len kali..hua3
Interior jangan terkojut... :p