Wednesday, June 29, 2011

Rumah

Paling paling paling penting tahun 2012, RUMAH SENDIRI.

Beli atau sewa? Akan dibincangkan.

Aku memang agak fussy bab-bab rumah ni, environment sangatlah perlu dititik beratkan.
Kalau boleh...kalau boleh ye kawan-kawan..nak rumah dalam gated area, sebab lebih selamat dan mungkin sebab aku dah biasa membesar macam tu..keselamatan penting, lebih-lebih lagi kat Selangor/ KL ni kan..tapi sekarang tak boleh nak decide lagi atas beberapa sebab. Lepas tunang hari tu, tak jumpa lagi En.Syafiq sampai la sekarang. So...decide sorang-sorang pun tak guna. Apa boleh buat, tunggu je la. It's not easy for me to decide on this matter. Jadi, aku harap ada juga dapat membantu, sekian, trimas!

Saturday, June 25, 2011

In need

Assalamualaikum

Happy Saturday everyone~

Kurang happy sejak beberapa hari lepas, coz my skin is being ridiculous.
Memang agak teruk, taktau eczema ke apa dah..tak pernah teruk macam ni :(
Dah dekat sebulan tak boleh tido sebab kulit rasa pedih sangat. Duduk dalam aircond pun tak kena, kalau panas tak payah cakap lah. Tak bagitau En.Syafiq pun sebab nanti dia bising. I've been thinking lately, maybe I can start to find my own house. Sewa sudah lah~ Memang teringin sesangat nak tinggal sorang-sorang. Lagipun kat rumah ni, tak de my personal space which I really need. So, nak cari rumah dan pindah.

enjoy your weekend!

Wednesday, June 22, 2011

Fisilly's E-day : My Make Up

 My MUA for my engagement is a friend of mine from ASWARA, Bayu!
Thanks a lot Bayu ku sayang~
Macam pernah tengok dia kan?
Dia koreografer Sehati Berdansa untuk Sein & Nana
Sekarang untuk MM Faiz, Mari Menari, sila la vote!
A talented choreographer.
Dua hari sebelum majlis, dah pegi rumah Bayu untuk test.
Tapi macam tebal, mungkin sebab tak pernah make up macam tu.
Masa engagement suruh Bayu make-up natural je, lite-lite gitu~


 Bayu yang tekun conteng muka aku.


Gumbira dengan hasilnya!
tak pakai bulu mata palsu sebab sendiri punya dah panjang, huhu
Nampak pelik je muka aku, tak reti nak senyum! 
:P

Friday, June 17, 2011

Fisilly's E-day : The Ring

Salam Jumaat semua~
kali ini, marilah kite skodeng cincin yang  diterima untuk pertunangan aku dengan En.Syafiq.
Terima satu cincin je sebab cincin merisik dah dapat lebih awal.



tadaaa~ another gold ring for me.


sorry gambar tak berapa clear, snap sendiri pakai kamera biasa.
Tak ada pula gambar cincin yang aku beli untuk En.Syafiq, lupa daaa~
Cincin yang aku pilih untuk dia, silver dengan batu hornet.

Memandangkan buat masa sekarang kami berjauhan, maka masing-masing beli cincin.
Dia beli untuk aku, aku beli untuk dia. 

Tapi kan, yang aku tak berapa puas hati..~
Cincin yang aku terima sangatlah besar! :(
Even pakai kt jari tengah ke, telunjuk ke..besar okeh..jari ibu sah-sah la tak muat..gilo apo~
Umi Long cakap, jangan bukak cincin untuk 3 hari, tak elok..maknanya kena pakai la juge.

So, pakai je la..tahan dengan cincin merisik..heh~
Tak mahu pegi alter, nanti kalau dah gemok, boleh pakai lagi.
Harap-harap aku gemok, bila la aku nak gemok?
Gemok sikit sudah la~


Masa Cikgu Siti sarungkan cincin,"Eh, besar ke?"
hehe~

Note to En.Syafiq :
Awatlah hang beli besaq sangat, cheq pilih untuk hang elok-elok jaa..
waaaa..kan cincin merisik tu elok je saiznye~
nak kena cubit ni! sedih hang taktau size jari manis chekk

apa-apa pun , i lap u lah En.Syafiq.



Wednesday, June 15, 2011

Delayed.

Salam~
Nak update kisah E-day tapi belum dapat gambar daripada Uncle Sani, uncle ku merangkap photographer.
Dalam kamera sendiri penuh muka adik-adik yang capture muka sendiri. Adeh~ Will update when I got all the photos ya! :)


Friday, June 10, 2011

E-day : Mini Pelamin

Sekarang ni memang trend E-day pun naik pelamin eh..
menurut perintah Umi, layankan aje~
But I told her to keep everything simple.

So takde step by step macam mana terbinanya mini pelamin ni,
sebab masa ni busy kt luar, balik-balik amek bunga kt Petaling Street,
dah tersedia dan siap dah!

Thanks Umi :)

Aaa..theme dah lari dah semua..tak pe, gua tak kisah! 
:D


comel jugak kan? hee
Bantal tu beli kt Jusco, Sunway Pyramid.
RM89.90 50% off!
RM44.95
takde kaler lain dah, redah aje~



sebahagian bunga-bungaan yang dibeli di Petaling Street.
try la pergi malam dan tunggu lori bunga baru sampai.
berpeluh waa cakap luuu~
abang-abang besar, kak long semua dok tunggu berebut bunga!

scary okeh!

Absolutelygorgeous By Amy : My Obsession!

Seronoknya ada contest ni, hadiahnya...
kasut!
suka suka suka~
baru nak belajar pakai high heels~ hehe




Mood : Nak Kawen! :p


Kasut Idaman

source : Google

Sebab suka kasut itu :
Kasut-kasut high heels saya semuanya peep toe. Kali ni nak kelainan sikit.
Saya suka lace! nampak sweet je. Lagi suka kalau ada bling-bling sikit (crystal) atau
beading pearls. Tak mahu tinggi sangat, nanti penat nak jalan-jalan n photoshoot, hee~


kawan-kawan, jom join contest ni !
Thanks to Amy~
:)






Saturday, June 4, 2011

4th June 2011

Alhamdulillah~ 
A best friend of 11 years, a lover of 3 years is now a fiancĆ©.
Still can't believe I'm engaged to Nafissyafiq, my best friend.
Son to my beloved teacher, Cikgu Siti.

Cikgu Siti is now Mak :)


Abah : Orang book anak kita, kita pun nak book anak dia.
:)







Review coming up.
Have a great weekend everybody!