Friday, March 27, 2009

Suara Aswara

Di sini bersemi tunas impian
Berakar budi budaya zaman
Yang melahirkan karyawan berilmu
Sahut cabaran teguh bersatu

Tajamkan pena seindah bahasa
Lagukan irama rentak pusaka
Lenggokkan tari pentas seniman
Layarkan seni catatan warisan

Kita laung suara ibunda, bergema
Gemilang di puncak dunia, aswara
Kita junjung budaya bangsa, bersama
Terbilang dan termayshur namanya

Aswara tetap berdiri megah
Melangkah ke hadapan bersama tradisi
Tekad semangat penuh jatidiri
Seni dimartabat bangsa dihormati

Penulis : Hairul Anuar Harun (ex-ask)
Pencipta lagu : Dato' Johari Salleh



p/s : sebenarnya otakku amatlah tepu kala ini. maka kadang-kadang aku tersuka lirik lagu ini..

boring..boring...
terima kasih.

smuge ASK akan aman..

macam-macam hal kat ask @ aswara sekarang ni. student2 kena kacau. banyaklah kisahnya.aku sendiri pernah kena..masa kat toilet & dlm lif, tapi aku buat bodo je. aku akan cakap "kalau kau ada, jangan ganggu aku. aku tak ganggu kau". mulai hari ni sampai sabtu, dorang buat sembahyang hajat & baca yassin. aku doakan semua akan lebih tenang & selamat lepas ni. maklumlah, pelajaran ktorg ada jugak hubungkait dgn alam ghaib ni (makyong, wayang kulit etc.)

smuge kita dijauhkan dari benda-benda tak diingini~
Amin...

Thursday, March 26, 2009

Jadikan aku yang kedua.




i bought the birthday present for myself!
haha..gilo~

Wednesday, March 25, 2009

heartless.

Sekarang ni, tak tau la nak cakap macam mana..gembira? tidak. sedih? tidak. serabut? sikit-sikit. Aduhhh..serabut adalah perkataan yang sesuai. Don't know where I've been. What I've done to deserve this. Tak pernah seumur hidup aku seserabut ini. Jangan berair, mata! Jangan biarkan mata berair....jangan..jangan...teruskan mengukir senyuman.
p/s : gembira dapatkan belikan steamboat & putu mayam buat keluarga hari ni. :)
owh, esok dapatkan hadiah untuk diri sendiri since my birthday is just around the corner! hehe, dan macam biasa...takkan disambut kerana diri akan sibuk. :(

Tuesday, March 24, 2009

Kempen SATU SUARA

Event : Kempen Satu Suara by Kementerian Belia dan Sukan.
Venue : One Utama
Date : 22 March 2009

Menjadi salah sorang event coordinator adalah......sukar diungkapkan dengan kata-kata. Sangat penat. Mcm *^$!@ Masa briefing kata kitaorang just jaga talent/artis/model whatsoever. Tapi masa hari tu, semua kerja pun kitaorang kena buat. Dealing dengan Bijou Bazaar, models, talents etc. sangat menguji kesabaran. To Dayang, nasib baik jugak you tak join...huhu~~ Penat giler! Sebab ketua ktorg tu pun kelam kabut semacam. Tak nak ikut benda yang aku, Epul n Mimie dah susun. Pastu nak salahkan ktorg lak! Aku pun apa lagi...sorilah kalau terkasar bahasa ye. Aku bertugas kat Zon B, stage yang menampilkan artis2 Indie. Pastu ada bengkel skateboard, BMX macam2 lagi. Kat Zon Tash & Visha sgt best..semua Martial Arts. Nak sgt tgk capoeira tapi tak dpt! :( Nana & Syaza jaga Main Stage..so, dorg deal dgn artis fofular, yang memeningkan kepala jugak! Meet Uncle Hussien, korang memang bermasalah! Ari tu kat Melodi kata dah taubat taknak lambat, tipu eh! Radhi OAG..kesian aku nampak ko lari marathon dari jauh lagi...sampai kat stage je, lagu terus abes..and majlis pun dah abes! Tu laa..sape suro lambat..Thanks a lot to Qis!! from Hot FM yang tolong ktorg kt Zon B, jadi emcee kejap. Sebab Emcee ktorg yang cun melecun tu telah melarikan diri dgn pulang awal..haihhh~~ Apa2 pun, show must go on.
At the end of the day, puas hati gak. Sebab event habis, show semua jalan..Alhamdulillah..
Nak panggil buat event lagi.........?? akan ku pikir panjang-panjang~~~~~! Sumpah.



Visha, aku & Qila yang pada mulanya taknak amek gamba sebab bengang handle event ni.
Ayat yang aku tak blh lupa dari kawan karibku Aqilah, "Kalau keje nak mampos cmni, bayar sikit, baik aku mintak duit kat bapak aku je!" haha..marah sungguh beliau~



Raggae band, Sharp Shooter. I like! Best ah lagu korang~!


Radhi yang kebingungan selepas larian marathon. Last2 tak sempat nyanyi gak.

Dah, dah..tak payah bengang. Ko yang lambat. Meh amek gamba ngan aku meh..

Our team!

Owh....soalan itu sungguh boring boring~~ Next!

at the end of the day.....aku nk duit! :p

Monday, March 23, 2009

Teori Lucu

A NICE SONG BY WANI ARDY, LOVE IT!
GOES TO ALL THE SINGLES hehe~

Dunia hari ini
Semua mengaku seni
Lebih baik jadi diri sendiri
Negara hari ini
Kurang lelaki kualiti
Jangan salahkan skeptikal mentaliti

Kau apa kurangnya?Hip tapi sempit
Siapa kata lelaki dan perempuan
Tak bisa menjadi kawan karib?
Lucu!

Ada apa dengan Valentine?
Bila ku ada teman-teman
Cita-cita
Masa depan
Kau mungkin fikir ku “in denial”
Atau ku suka yang sejenis
Oh, tak mungkin
Hak ku memilih

Jadi aku solo
Tak bermakna bolos
Memang ku sendiri
Tak bermaksud aku mahu kau punya kekasih
Lucu!

Nananana nananana cukup, cukup
Nananana nananana cukup, cukup

Aku selesa menjadi aku
Dan engkau bukannya aku
Aku tak perlu teori lucumu
Cuma buat sakit perut


CHECK OUT THIS TALENTED LADY, WANI ARDY AT :
http://waniardy.com

Wednesday, March 18, 2009

dalam anganku..

Saya sememangnya meminati kereta/ motor dan lain-lain kenderaan yang bergerak sejak azali lagi. Saya juga mengimpikan kereta sendiri sama seperti orang lain. Walaupun sekarang ni dah ada untuk memudahkan saya kesana sini, nak kereta yang dibeli hasil titik peluh sendiri. Saya sangat meminati 4WD. Ye, sangat best! Tapi, kereta-kereta lain pun cmbez jugak.

Maka, ini adalah antara kereta yang berjaya masuk ke dalam list kereta impianku :


Mazda RX8:Kereta ini digunakan untuk berdating bersama Cayangku. Beliau sangat suka kereta kecik so, yang ni okeylah~


Datsun 120Y : Hah! Ini sangat comel~ Saya dah jumpa satu kat Gombak. Dah lama saya usha kete tu. Ia memberi harapan seolah-olah utk dijual. Hancur luluh hatiku bila ia dikatakan kereta pomen kt woksyop depan tu, Huh! dah la rim mangkuk, kaler itam merah , dalam lawa gile. cinabeng tul, ceh.


Celica ST : Mula mengenali kereta ini semasa saya pulang ke kampung tahun lepas, Cayangku telah menunjukkan si dia yang hensem ini kepada saya.

Dodge : Wahaha, best kan. Takde kat Malaysia kot~ Ni selitan saja~



Freelander 2 : Kereta Abahku. Akan ku dapatkannya sendiri supaya Abah tidak bising bila saya mencuri keretanya untuk menjimatkan minyak. Ini sumpah best! hahaha~ promote sket.

Hummer H3 : Kereta ni cam layan gile, tp sy khuatir akan mengganggu kenderaan lain kerana ia besar dan lebar. Parking mesti tak cukup satu space. Aku pulak akan dipersalahkan dan dimaki hamun kerana memiliki kereta yang hensem lagi mahal ini. Maka, saya terpaksa membuang Hummer dari senarai. Maaf Hummer, kau tetap hensem :(



Range Rover Sport : Ini mesti dimiliki! Saya telah memandunya buat pertama kali semasa saya berusia 17 tahun! Huhu. Best sangat. Saya ingin memilikinya.


Sekian saja anganku buat kali ini~
p/s : Cayang, kalau awak membaca ini, saya ingin awak tau betapa saya inginkan rumah kecil yang mempunyai garaj yang besor gilo!! mwah~ hahahaii..
to Gen-2 : Jangan kecik hati....kau tetap dihatiku!!
nama pun angan-angan~~

Monday, March 16, 2009

Permintaan.

It's a wrap! Kedengaran ayat yang ditunggu-tunggu itu tepat pukul 12.00 tgh malam. Eh? Dah habis ke..awal lagi ni, shoot la lagi. Habiskan semua filem yang ada :p ok, itu adalah sarcastic. Shooting habis lebih awal berbanding hari sebelumnya iaitu pada pukul 4.00 pagi. 12 malam tu okeylah, walaupun dalam schedule sepatutnya habis pukul 3.00 ptg~~
Semuanya berjalan tidak terlalu lancar. Hari pertama shooting kami semua basah lenjun! Best jugak tapi tak boleh nk shoot lagi sebab kontinuiti dah lari. Jalan dah basah. Langit dah gelap. So, ke location seterusnya kat rumah tinggal. Agak scary sebab masa aku sorang-sorang kat meja makan, aku terdengar orang panggil-panggil nama aku. Tapi buat bodoh je. Mintak dijauhkan~~
Hari kedua aku agak tension sedikit sebab aku tau krew lain akan datang lambat sebab dorang dah penat. Pukul 9.30 pagi aku dah terpacak kat lobi ASK tu. Hanya aku, Fer dan Tash sahaja. Lepas tu, barulah krew-krew lain sampai. Last2, kul 11 gak baru gerak ke Hulu Langat dgn krew yang tak complete. Sorry, aku terpaksa bertegas sikit hari ni sebab aku pun penat tak cukup tido jugak..
Tash iaitu PA aku, asyik dengan loyar buruknya. Aku pun terhibur jugak. Kadang-kadang menyakitkan hati.
Tash : Illi, apsal ni...serius je aku nengok
Illi : Takde ape-apelah, aku ok.
Tash : Yeke, apsal senyap je ni..
Illi : Ko diam boleh tak? Ko ni annoying lah.
Tash : Aku tau ko mesti cakap cmtu, aku boleh baca hati ko
Illi : ...so sweet
hahaha..kesian kawan-kawanku, asyik kena marah je dengan aku hari ni, sebagai PM, aku kena kontrol mereka-mereka ini..tapi dorang jugaklah menghiburkan aku. Epul telah mengajar satu permainan baru iaitu "Gelek-gelek telur" hahaha!! Namanya agak kelakar~~ tapi permainannya sama cam tom tom bak kot. Lagu je yang lain. Aku lebih suka nyanyi lagu tom tom bak. Gelek telur semacam saje~~ :p
Apa-apa pun, shooting dah habis~ Alhamdulillah..
Lepas ni, akan busy dengan latihan Mak Yong, show start 10 April ..and next week aku ada job event..
Let me breathe easily...

Friday, March 13, 2009

doink.

pergilah 13 mac 2009.
saya tak jumpa dia pun hari ni.


menyedihkan.

Friday the 13th

bukan Hari Jadi Jason.
tapi Hari Lahir Nafissyafiq~

smuge dia sentiasa gembira, saya tak mintak apa-apa..
cuma harap dia akan terus tersenyum~

thanks.for.the.love.
i.love.you.

h.a.p.p.y. b.i.r.t.h.d.a.y. c.a.y.a.n.g

Wednesday, March 11, 2009

hujung minggu adalah hari bekerja

Hari Sabtu ini akan bermulalah sebuah lagi produksi, yang terakhir..yabedabedu~! Aku diberi amanah untuk menjadi pengurus produksi. Maka tadi aku telah pergi recce lokasi bersama-sama keyperson yang lain. Mereka adalah Fer, Apat, Azmer dan juga Qila. Maaf, kapasiti kereta saya hanyalah untuk lima orang. Tak ada lebih-lebih. Kami pun pergilah ke lokasi yang dikatakan oleh Apat selaku sutradara untuk filem pendek itu. Agak jauh, iaitu di Hulu Langat.
"Aku rasa macam kat tempat lain....macam bukan kt KL mahupun Selangor", kataku kepada Ferdaus.
"Ha'ah la..rasa macam jauh giler", balas Fer.
Kampung itu adalah Kampung Sg.Tekala..kalau tak silap aku. Lokasi kami adalah sebuah rumah tinggal..jeng jeng jeng~~~ tapi, nasib baik tak jauh dari rumah orang lain. Apat mencadangkan supaya kami bermalam saja di rumah tinggal itu beramai-ramai..Huhhh??! Aku dan Qila saling berpandangan. "Ohh tidak..." Scary okeh..mak tak sanggup. Tapi, aku selaku Pengurus Produksi tidak sampai hati untuk meninggalkan krew-krew yang lain memandangkan aku perlu menjaga makan minum dan keselesaan mereka semasa bekerja nanti. Haih~~ maka, hatiku gundah gulana. Dah la empat orang je krew perempuan termasuk aku.
Bagi aku, semua itu boleh diatur..
TAPI.....
..........KAT KAMPUNG TU TAK DE LINE!!! NO NETWORK COVERAGE!
.............TIDAKKKKKKK~~!!

Tuesday, March 10, 2009

1st one~

Hari tu, aku sempat ikut Wan n Cayang pegi kedai barang-barang silk screen tu~
Cayang n aku pun nak try gak buat benda ni, memang agak seksa. Tapi, rasa puas. So, cayang pun ajak la ber'bisnes'. Aku jenis yang tak reti buat benda2 cmtuh~~ tapi, apa salahnya kalau mencuba. So, ni lah hasil pertama kami :


Depan

Belakang



Tshirt promo tu khas buat kawan aku Sot. Dia director untuk short film 'Session to the Womb'. Cerita dia pasal sperms. So, dapatlah idea untuk design itu oleh Cayangku~ So, apa lagi...place your orders now~ :p

9 March

Countdown : episode 5 (last)

Sebenarnya, banyak lagi kenangan yang entah apa-apa antara aku & Nafis~~ Kenangan-kenangan yang akan sentiasa buat aku tersenyum seorang diri, macam kerang busuk. Apsal kerang busuk je yang senyum? Hmm~~ Ok, disebabkan ni episod terakhir sempena anniversary ktorg ni..aku ceritalah sikit macam mana ktorg berdua yang dah lama kawan ni terjerumus dalam funny thing yang bernama CINTA ni...

Pada satu hari, kan.


Ada la, kan.


Mamat ni, kan.


Haihh~~ susah la nak explain. Ok lah, camni..aku ngan Nafis ni jarang sekali bercakap pasal feeling-feeling, tangkap leleh, apa-apa lagi lah masa ktorg kawan dulu. Bagi aku, Nafis adalah bestfriend aku yang akan ada dengan aku kalau aku sedih ke apa. Yang aku tau, aku happy dengan dia dan ktorg memang suka buat benda-benda yang bolehlah dikategorikan sebagai buang tebiat atau bangang. Memang aktiviti aku bila balik kampung, jumpa dengan kawan-kawan kat sana. So, malas nak cerita panjang-panjang~ last year, dia memang selalu datang Shah Alam n stay kat rumah aku on weekend, aku pun ada pergi Perak gak. Pastu, pada tarikh ni tahun lepas, he asked me to be his girl. Hmmm~~ aku masa tu tengah bengong-bengong dan konpius jugak sebenarnya. Aku pun terus cam...ok. Huuu~ camtu je lah berlakunya.

Monday, March 9, 2009

Happy Anniversary~~

Today is our 1st year anniversary~
Rasa klaka pun ada. Anyways, we survived :p
Nothing much to say. I love you. Much. Don't ever doubt that.

Here's to many more years to come :)

love you always Nafis..

Friday, March 6, 2009

Auntie Illi~

Yup, saya adalah makcik sekarang. Sepupu saya baru saje melahirkan baby boy yang chumil~
Nama dia Jafrul Naquedean Bin Jafrul Izwan. Tu lah anak buah yang pertama~~ Nak tunggu kakak sendiri punya anak ntah bila la tuhhhh~~ Dia nk jadi doktor, so belajar pun lambat lagi abes~~~

Thursday, March 5, 2009

countdown : episode 4

tinggal lagi berapa hari je ni. mari-mari kita cherish kenangan-kenangan ni~~
Hari ni, macam biasa aku sampai kat kelas awal pagi lagi. Memang awal lah sebab trak datang amek aku kat rumah dalam 6.30 pagi. So, pukul 7.00 macam tu dah sampai sekolah. Dan macam biasa jugak, mamat tu setiap hari pun adalah orang yang pertama sampai. "oii Nafis, bangunlah! tolong aku sapu kelas..." . Dia nak tolong? Jangan haraplah. Sama ada dia meneruskan mimpi dia, tak pun baca komik/main kereta mainan mahupun ke kantin untuk makan~~ Dah memang kebiasaan aku akan sapu kelas setiap hari. Tak suka kelas kotor. Lepas sapu kelas, aku keluar bertugas. Check budak-budak perempuan pakai kain dalam ke tak hari ni (-_-)
MOTIF...??

Tuesday, March 3, 2009

aku juga seorang manusia.

okay..iklan sekejap~~
masa aku drive dalam perjalanan pulang ke rumah selepas dinner bersama kesayanganku, aku hampir melanggar seorang manusia!! Bodoh la kau..kenapa kau jalan tengah-tengah highway tu gilaaa! Mengucap aku byk2! Haiihhhh, jalan pun terhuyung-hayang. Macam mabuk, atau frust bercinta??? Tolonglah jangan buat kerja bodoh macam tu. Aku harap aku takkan baca berita tentang kau digilis kereta atau kenderaan lain yang sewaktu dengannya dalam surat khabar esok~~~
dan satu perkara lagi, kepada seseorang yang masih tak berputus asa asyik dok psycho aku..udah-udah ler..sila kembali ke bumi yang nyata. Kan dah tak pasal-pasal aku psycho kau balik. Kan dah terkena reverse psycho. Nak kenakan orang kau pulak yang tak tenteram sekarang. Aku harap kau berubah dan berhenti kacau aku ye. Segala jasa baik dari pihakmu ku akhiri dengan ucapan trimas. Get a life, and be happy~ be thankful.
p/s : Cayang, i love u :)
Sayonara~~ sayonara~~
Terima kasih.

Countdown : episode 3

ape yang aku tulis sebelum-sebelum ni, takde kena mengena pun..ini bukanlah kisah yang bersambung seperti Spa Q atau Jelita di TV3. Ia hanyalah kenangan-kenangan yang aku pernah lalui~ sempena anniversary aku dan kawan baik aku tu tak lama lagi, weee~~
okay, mari sambung....
Hari ni, aku bawak Twinkles lagi pg sekolah..Setiap hari aku berbasikal ke PERNAMA untuk mendapatkan chocolate beans kegemaran aku tuh. Bila dekat sekolah, aku pun makanlah Twinkles dengan happynya. Nafis yang duduk di meja sebelah pun nak jugakkkk.."tak boleh...wekkk". Lepas tu, habis Twinkles bersepah kat lantai gara-gara kecuaian aku yang excited menikmati coklat yang sungguh sedap tu. Nafis menunjukkan muka gembira sebab Twinkles terus habis~~~~ (-_-)
.........

Monday, March 2, 2009

Countdown : episode 2

Hari ni..aku , Sal & Nafis pergi kursus PBSM peringkat negeri. Bangga sebab kitaorang antara 7 orang yang tepilih. Satu malam tu, ada latihan kecemasan. Nafis pinjam kain anduh aku , dia bagi balik lepas latihan. "Eiii...busuknya!". Bau minyak rambut dia melekat..tapi, bau Nafis...aku tak nak basuh :p
to be continued.

Sunday, March 1, 2009

Countdown.

TAHUN 2000

Hari ni aku masuk sekolah menengah..Sekolah baru lagi.
"Nanti mesti budak-budak ni ejek aku lagi sebab aku tak reti cakap kelantan..."
Sorang-sorang kena kenalkan diri.
"Owh, nama dia Nafissyafiq..susahnya nak sebut!"

Lepas tu kita jadi kawan baik. Ke mana je mesti bersama. Ketawa bergaduh semua ada..
Alkisah...

to be continued.