Hari Sabtu ini akan bermulalah sebuah lagi produksi, yang terakhir..yabedabedu~! Aku diberi amanah untuk menjadi pengurus produksi. Maka tadi aku telah pergi recce lokasi bersama-sama keyperson yang lain. Mereka adalah Fer, Apat, Azmer dan juga Qila. Maaf, kapasiti kereta saya hanyalah untuk lima orang. Tak ada lebih-lebih. Kami pun pergilah ke lokasi yang dikatakan oleh Apat selaku sutradara untuk filem pendek itu. Agak jauh, iaitu di Hulu Langat.
"Aku rasa macam kat tempat lain....macam bukan kt KL mahupun Selangor", kataku kepada Ferdaus.
"Ha'ah la..rasa macam jauh giler", balas Fer.
Kampung itu adalah Kampung Sg.Tekala..kalau tak silap aku. Lokasi kami adalah sebuah rumah tinggal..jeng jeng jeng~~~ tapi, nasib baik tak jauh dari rumah orang lain. Apat mencadangkan supaya kami bermalam saja di rumah tinggal itu beramai-ramai..Huhhh??! Aku dan Qila saling berpandangan. "Ohh tidak..." Scary okeh..mak tak sanggup. Tapi, aku selaku Pengurus Produksi tidak sampai hati untuk meninggalkan krew-krew yang lain memandangkan aku perlu menjaga makan minum dan keselesaan mereka semasa bekerja nanti. Haih~~ maka, hatiku gundah gulana. Dah la empat orang je krew perempuan termasuk aku.
Bagi aku, semua itu boleh diatur..
TAPI.....
..........KAT KAMPUNG TU TAK DE LINE!!! NO NETWORK COVERAGE!
.............TIDAKKKKKKK~~!!
No comments:
Post a Comment