Monday, March 16, 2009

Permintaan.

It's a wrap! Kedengaran ayat yang ditunggu-tunggu itu tepat pukul 12.00 tgh malam. Eh? Dah habis ke..awal lagi ni, shoot la lagi. Habiskan semua filem yang ada :p ok, itu adalah sarcastic. Shooting habis lebih awal berbanding hari sebelumnya iaitu pada pukul 4.00 pagi. 12 malam tu okeylah, walaupun dalam schedule sepatutnya habis pukul 3.00 ptg~~
Semuanya berjalan tidak terlalu lancar. Hari pertama shooting kami semua basah lenjun! Best jugak tapi tak boleh nk shoot lagi sebab kontinuiti dah lari. Jalan dah basah. Langit dah gelap. So, ke location seterusnya kat rumah tinggal. Agak scary sebab masa aku sorang-sorang kat meja makan, aku terdengar orang panggil-panggil nama aku. Tapi buat bodoh je. Mintak dijauhkan~~
Hari kedua aku agak tension sedikit sebab aku tau krew lain akan datang lambat sebab dorang dah penat. Pukul 9.30 pagi aku dah terpacak kat lobi ASK tu. Hanya aku, Fer dan Tash sahaja. Lepas tu, barulah krew-krew lain sampai. Last2, kul 11 gak baru gerak ke Hulu Langat dgn krew yang tak complete. Sorry, aku terpaksa bertegas sikit hari ni sebab aku pun penat tak cukup tido jugak..
Tash iaitu PA aku, asyik dengan loyar buruknya. Aku pun terhibur jugak. Kadang-kadang menyakitkan hati.
Tash : Illi, apsal ni...serius je aku nengok
Illi : Takde ape-apelah, aku ok.
Tash : Yeke, apsal senyap je ni..
Illi : Ko diam boleh tak? Ko ni annoying lah.
Tash : Aku tau ko mesti cakap cmtu, aku boleh baca hati ko
Illi : ...so sweet
hahaha..kesian kawan-kawanku, asyik kena marah je dengan aku hari ni, sebagai PM, aku kena kontrol mereka-mereka ini..tapi dorang jugaklah menghiburkan aku. Epul telah mengajar satu permainan baru iaitu "Gelek-gelek telur" hahaha!! Namanya agak kelakar~~ tapi permainannya sama cam tom tom bak kot. Lagu je yang lain. Aku lebih suka nyanyi lagu tom tom bak. Gelek telur semacam saje~~ :p
Apa-apa pun, shooting dah habis~ Alhamdulillah..
Lepas ni, akan busy dengan latihan Mak Yong, show start 10 April ..and next week aku ada job event..
Let me breathe easily...

No comments: