Since I already bought my baju tunang and kain nikah,
let me share it with you guys :)
Mula-mula tu rasa awal sangat nak beli kain nikah.
But my umi insist suruh beli, so beli jelah.
Lagipun tengah sale.
Baju tunang pun beli awal sebab hari tu rancang majlis bulan 3,
kena postponed, simpan lama sikit dalam almari.
Takpe, takkan berkulat.
at Gulati's/Euro Moda, SACC Mall
Pilih-pilih kain nikah.
Yang tengah pegang tu French Lace, memang cantik.
Tapi ku rasa over sket untuk dibuat baju nikah.
Harga pun boleh tahanlah, dalam RM700 untuk 4 meter, lace+satin.
itu pun harga lepas less. Tapi cantik! berbaloi~
Umi tanya, nak yang tu ke?
I was like, "takpelah, nanti tak boleh pakai selalu".
I chose chiffon beaded, rasanya ramai pilih material ni
untuk nikah oufit kan. I love it.
Warna off white. Beli pakej lelaki & perempuan.
Harganya ok dan puas hati.
Simple je kan? hik hik
This is where I bought my veil, Abah belanja!
Kat kedai ni ada banyak jenis veil, dan pelbagai bentuk.
Pilih yang bentuk bulat, panjang sampai bawah pinggang.
Kedai kat PKNS, Shah Alam. Tak ingat belah mana,
tapi kat tingkat 2. Harga pun murah berbanding kedai lain.
Inilah veil itu, hehe. Sneak peek!
Umi cakap apasal tak beli selendang panjang.
Ku tak mahu selendang sebab nanti akan tutup bajuku yang comel tu
hahaha~
Tudung tak beli lagi, tak tau nak pakai shawl atau tudung awning?
I prefer shawl. Yang tu nantilah dulu.
Sekian, Wassalam.